Wednesday, September 4, 2013

Hah...Mbek Ko! Rafizi Dah Jawab....

Di sini nampak ketara.....
Kenapa Nazri emo sangat?
Kita akan dapat lihat siapa bodoh, siapa bohong dan siapa yang ada telor!

Rafizi cabar Nazri debat selepas dipanggil “bodoh”
OLEH DIYANA IBRAHIM
SEPTEMBER 04, 2013
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) menjawab tuduhan “bodoh” Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan mencabar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berdebat dengannya.
Bagaimanapun, katanya, beliau langsung tidak mengambil hati dengan kenyataan ahli Parlimen Padang Rengas itu.
"Saya sudi berdebat atau bersemuka dengan beliau dalam apa jua forum untuk belajar dari beliau kenapa Barisan Nasional (BN) bertindak membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak.
Rafizi berkata, membatalkan keistimewaan belanja petrol yang terpaksa ditanggung rakyat untuk menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan adalah cara termudah menjimatkan perbelanjaan dana awam. "Saya pasti beliau boleh mempamerkan kepintaran dengan tampil bersemuka dengan saya dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, cadangan Nazri supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu melaksanakan  penghapusan subsidi petrol terhadap Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak relevan kerana katanya rakyat membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan bukannya kerajaan negeri.
"Bagaimana pun saya tetap akan menulis secara rasmi kepada Menteri-menteri Besar PR supaya mengemukakan langkah mengurangkan belanja petrol yang ditanggung rakyat dalam mereka menjalankan tugas mereka," katanya.
Semalam, Nazri dilaporkan berkata demikian sebagai komennya terhadap cadangan Rafizi yang mahu menteri dan timbalan menteri menggunakan wang sendiri sebagai satu cara menghukum kerajaan kerana mengurangkan subsidi minyak di negara ini.
“Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah.
"Kita tidak cadang itu. Perkara itu datang dari mereka, jadi merekalah yang buat, saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," kata Nazri dalam satu Majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam tadi.
Putrajaya pada Isnin mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.
Langkah itu mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding KDNK pada hujung tahun lalu.
Sejurus selepas pengumuman orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan itu.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada 2010, dengan kenaikan sebanyak 5 sen seliter. - 4 September, 2013.

1 comment:

  1. APABILA SIBODOH PANGGIL ORANG LAIN BODOH,BILA ANDA MATI ANDA TAK TAHU YANG ANDA DAH MATI,ANDA HANYA MENYUSAHKAN ORANG DISEKELILING ANDA
    SAMA JUGA APABILA ANDA BODOH

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa