Monday, September 2, 2013

Masing-Masing Nak Jadi Juara!

Saat dekat Pemilihan parti
Baik UMNO atau MIC
Akan tonjolkan diri menjadi juara kaum masing-masing

Bila dah menang dan mendapat kedudukan 
Masing akan lepas tangan dan semua yang pihak berkuasa sama ada tempatan atau nasional akan dikatakan betul dan dibela atas nama kepentingan rakyat konon!

Itulah dunia politik yang penuh dengan sifat hypocrite

Ketua Pemuda MIC pula ditahan ekoran pergelutan mempertahankan kuil
OLEH MUZLIZA MUSTAFA DAN DIYANA IBRAHIM
SEPTEMBER 01, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 01, 2013 05:51 PM

Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara enam dari pergerakan pemuda MIC yang ditahan polis ekoran dari kekecohan yang berlaku berhubung bantahan pembinaan tembok bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan bangunan Hap Seng di Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur.
Antara yang ditahan ialah  Setiausaha Pemuda MIC Sivarajan, Dhinagaran Exco Pemuda MCA, Soma Sundaran , Dharamakumaran, K. Kesavan.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke balai polis Dang Wangi bagaimapun tiada wakil polis yang dapat mengesahkan jumlah rasmi tangkapan yang dibuat setakat ini.
Keadaan bertukar kecoh dan tidak terkawal apabila Menteri Wilayah, Tengku Adnan yang menghantar pegawai khasnya enggan melayan permintaan jawatankuasa komuniti kuil itu untuk tidak memecah masuk.Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap seramai 10 orang, dua dari PKR dan dua ahli komuniti kuil tersebut.
Menurut wakil ahli  jawatan kuasa kuil, Bala krishnan  pihak DBKL sebelum ini tidak memberi sebarang notis untuk membina temboh membabitkan kawasan 8 kaki dalam kuil tersebut.
"Saya terkejut apabila pagi ini melihat begitu ramai pegawai DBKL dan polis ada dihadapan kuil dan saya persoalannya memgapa perlu membawa sekali polis," katanya.
Pagi tadi polis menahan S.Jayathas apabila beliau cuma menahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL merobohkan kuil hindu.
Timbalan Ketua PKR mengetuai hak asasi itu dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah Dang Wangi kerana menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dibawah Seksyen 186.
N. Surendran yang ditemui ketika itu berkata DBKL jelas telah menyalahi undang-undang kerana tidak mengemukan notis terlebih dahulu.
"Ia adalah salah,melanggar undang-undang kerana mereka tidak menyediakan notis rasmi, "katanya kesal.
Kira-kira jam 12 tengah hari Raman Ramakrisnan, pembantu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor datang ke kuil tersebut memberitahu kuil itu bahawa DBKL hanya mahu mendirikan tembok.
"Ia bukan untuk merobohkan kuil," katanya sambil menambah, kuil itu memasuki tanah kerajaan dan dinding akan didirikan untuk dijadikan pemisah," kata Raman.
"Ini adalah arahan dari kementerian, notis secara rasminya sudah dikeluarkan, dan pembinaan dinding akan dijalankan," katanya lagi.
Sejurus selepas arahan itu dikeluarkan  keadaan bertukar tegang apabila ramai yang bertindak membantah keputusan tersebut.
Keadaan bertambah buruk apabila pergerakan pemuda MIC turut menghalang DBKL dari membina dinding tersebut menyebabkan berlakunya pergaduhan kecil antara mereka.
Ia menyebabkan Ketua Pemuda MIC T Mohan ditangkap dan disusuli dengan ahli yang lain.
Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Dang Wangi dan sehingga kini mereka masih belum bebas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa