Contoh macam dikatakanlah - sepatutnya minuman mahal kerana gula. Tapi bila diminta kurangkan gula, harga yang dikenakan tetap juga sama
Satu lagi kuih. Bila gula naik, tepung naik kuih dibuat lebih kecil dan lebih nipis tetapi harga tetap dinaikkan juga
Akhirnya pengguna tetap juga di pihak yang kalah!
Menteri bolehlah cakap yang barang tidak akan naik dan harga akan dikekang
Tapi mereka kat mana?
Kita kat mana?
Published: Rabu Oktober 30, 2013 MYT 9:43:00 AM
Pengguna Mahu Minuman Tanpa Gula Dikurangkan Harga
GEORGE TOWN: Kumpulan pengguna mendesak restoran dan kedai makan meletakkan harga yang berbeza untuk minuman bergula dan tanpa gula.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang S.M. Mohd Idris berkata minuman tanpa gula sepatutnya berharga 10 sen lebih murah.
"Ramai juga orang mahu mengurangkan gula atas sebab-sebab kesihatan dan ini perlu digalakkan," katanya.
Setiausaha Agung Fomca, Datuk Paul Selvaraj berkata adalah adil kepada pengguna membayar harga yang kurang jika mereka memesan minuman yang kurang atau tiada gula.
"Harga yang lebih rendah untuk minuman tanpa gula juga akan menjadi insentif kewangan untuk mengurangkan penggunaan gula," katanya.
Bajet 2014 memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilo untuk mengurangkan penggunaan gula dan mengurangkan kadar penyakit diabetes di kalangan rakyat Malaysia.
Di Petaling Jaya, pengguna mengatakan bahawa adalah tidak adil mengenakan bayaran terhadap mereka untuk sesuatu yang mereka tidak memesannya.
Jurutera Goh Kean Choon, 28, berkata, harga minuman tanpa gula seharusnya dikurangkan, sekurang-kurangnya 20 sen berbanding minuman biasa yang manis.
"Jika saya berjimat untuk minuman, saya boleh makan makanan lain atau membelanjakannya untuk petrol," katanya.
Pelajar universiti Ong Chyi Ann, 20, berkata mengurangkan harga minuman sebanyak 30 sen bagi setiap minuman akan menampakkan perbezaan dalam perbelanjaannya, sambil menambah bahawa dia datang dari keluarga berpendapatan rendah.
Pelajar Chang Kwok Fai, 21, merasakan bahawa sesetengah peniaga telah mengambil kesempatan daripada pemotongan subsidi gula.
Eksekutif IT, Aldrin Kau, 26, tidak berfikir bahawa pengendali makanan akan menurunkan harga untuk minuman tanpa gula.
"Jika mereka tidak perlu berbuat demikian, mereka tidak akan melakukannya," katanya.
- sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa