Sunday, October 13, 2013

Perkara Yang Payah Saya Nak Faham.....

Bagaimana mereka boleh hilang tidak terjawab!

Malang ayah bertimpa-timpa
Oleh FIRDAUS SAHAT
Kuala Lumpur: Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak empat bulan lalu apabila dua anaknya berusia 10 dan lapan tahun hilang secara tiba-tiba.
Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34, hampir dua bulan akibat tekanan perasaan dan kemurungan sebelum ditemui semula Selasa lalu. 
Episod sedih kehidupan juruelektrik itu bermula apabila dia, isteri dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9; Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2, dan anak bongsunya berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat beranak tiga anak pertamanya. 
Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya.
SHAH dan dua anaknya ketika menumpang berteduh di Surau Al-Amin, Setapak.

Bagi menyelesaikan masalah itu, dia membawa keluarganya ke ibu kota dan menjangkakan dapat menyelesaikan urusan berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh empat hari.

1 comment:

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121116/wj_04/Saya-takut-pergi-ke-mana-mana-kerana-tiada-MyKad

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa