Updated: Rabu Oktober 23, 2013 MYT 3:36:06 PM
'Sudah Terlambat Untuk Menyesal' - Suspek Kes Bunuh Yuk Tim
PETALING JAYA: "Kenapa anda melakukannya?" tanya para pemberita apabila suspek pembunuh Ng Yuk Tim dibawa masuk ke dalam Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi Rabu.
"Saya tidak tahu...," jawabnya dengan acuh tidak acuh.
Ditanya adakah dia menyesali di atas perbuatan jenayah yang dilakukannya, suspek yang berusia 23 tahun itu berkata, "Sudah terlambat untuk saya menyesal."
Lelaki berkenaan direman polis sehingga 29 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Yuk Tim, 15, yang ditemui mati dan disumbatkan ke dalam beg pakaian pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed yang mengesahkan perkata itu menambah bahawa kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dilaporkan bahawa Yuk Tim meninggalkan rumah pada pukul 11 pagi Isnin dan pergi ke rumah suspek di Kampung Cempaka di Kelana Jaya untuk membuat pakaian kostum bagi suatu majlis.
Lelaki itu mengaku cuba untuk merogol budak perempuan itu sebelum memukulnya menggunakan 'dumbbell' dan menyebabkannya mati serta-merta.
Pada awalnya lelaki terbabit mendakwa dia menghantar budak perempuan itu di stesen LRT Kelana Jaya pada kira-kira pukul 3.30 petang.
Suspek diserahkan ke Balai Polis Petaling Jaya.
Suspek kemudiannya membawa polis menemui mayat yang dipercayai Yuk Tim, yang disumbat ke dalam beg pakaian dekat Kota Kemuning di Shah Alam pada kira-kira pukul 8.30 malam pada Selasa.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa