Tuesday, October 29, 2013

Waspada Kepada Golongan Dermawan Tanpa Usul Periksa

Derma bina banglo ustaz
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
Phnom Penh: Dia menjaja konon dirinya seorang ustaz yang hidup miskin dan diamanahkan menjaga sebuah banglo dua tingkat di sebuah perkampungan miskin dan terpencil di sini, sejak beberapa tahun lalu.
Namun rahsia lelaki yang pernah dan masih menjaja sumbangan di Malaysia terbongkar, apabila banglo dilengkapi pelbagai kemudahan bernilai lebih ratusan ribu itu, didakwa miliknya.
Banglo terletak di tengah-tengah ratusan rumah penduduk Islam daif di Kampung Cham, itu dikatakan digunakan sebagai pusat operasi menagih sumbangan warga Malaysia kononnya bagi membina sekolah agama dan masjid baru di kampung itu.
Ustaz lingkungan 40-an itu dikatakan sering menjaja dirinya mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berlandaskan Islam di negara itu yang dianggotai tidak sampai lima ahli, bagi menagih sumbangan terutamanya daripada warga Malaysia yang sering menjalankan kerja amal di negara itu
BANGLO mewah dimiliki seorang ustaz di sebuah kampung terpencil Kampung Cham, Kemboja.
MASJID lebih RM500,000 yang bakal dibina oleh ustaz terbabit.
Agak mengejutkan apabila banglo ustaz terbabit dilengkapi bekalan air bersih selain janakuasa bagi menyalurkan bekalan elektrik walaupun penduduk hanya menagih bekalan air hujan untuk keperluan harian, selain menjadikan kegiatan bertani dan menangkap ikan di sungai Mekong sebagai sumber pendapatan.

2 comments:

  1. Bakpo x tunjuk muka dia,senang nak cam

    ReplyDelete
  2. Selain dia ada lagi ustaz jenis tu atau NGO di Kemboja, masalah nya orang Malaysia masuk ke Kemboja membawa bantuan tak usul periksa. Adakah Kemboja ni tak ada Jabatan atau Pejabat Mufti yang menjaga umat Islam kemboja? Orang Malaysia masuk Kemboja macam masuk rumah ikut tingkap sebab tu ramai kena tipu.











    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa