Kemurkaan Allah - Kenapa?
Alhamdulillah saya dan iateri tiba ke KB dengan selamat pada jam 4:40 petang tadi
Pada awalnya gemuruh juga bila Pilot memberitahu langit berawan dan KB berangin serta hujan
Tapi semuanya reda, di dalam penerbangan tidak ada apa-apa pun yang membuatkan penumpang mabuk dan di KB tidak ada angin dan hujan
Berbalik pada ribut di Manjoi
Ini kampung mertua saya dan kakak ipar masih ada di situ (rumah peninggalan mertua)
Tapi mengikut fb, dia mnyatakan hanya rumah orang lain yang rosak tapi tidak berlaku apa-apa kerusakan pada rumah yang didiaminya - alhamdulillah
Setiap mala petaka berlaku dengan kehendak Allah dan mungkin kerana kemurkaannya
Kalau kerana kemurkaanNya kenapa yer?
Ribut: 23 bumbung rumah di Kampung Manjoi rosak
5 November 2013
IPOH - Sebanyak 23 bumbung rumah di Kampung Manjoi di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut lewat petang semalam.
Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata kejadian pada pukul 6.45 petang itu mengakibatkan beberapa bumbung rumah ranap manakala yang lain mengalami sedikit kerosakan akibat kejadian itu.
Bumbung rosak membabitkan 13 buah rumah di Jalan Juara, Jalan Pemimpin (empat buah), Jalan Menteri (empat), Jalan Perwira (1) dan Jalan Pegawai (1), katanya.
Katanya kejadian itu dimaklumkan oleh seorang jemaah pada satu program yang berlangsung di sebuah surau di Kampung Manjoi semalam, katanya.
Beliau berkata empat keluarga yang tinggal di rumah sewa di Jalan Pemimpin dipindahkan ke pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Manjoi hari ini.
"Mereka tinggal di pusat pemindahan sehingga bumbung rumah mereka siap dibaiki dan sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberikan," katanya.
Ziad berkata anggota Gerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno kawasan Tambun digerakkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa membersihkan rumah mereka, petang ini.
"Buat sementara ini bumbung rumah mangsa diganti dengan plastik tebal kerana kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan bumbung baru berikutan hari ini merupakan cuti umum, namun pengedar berjanji untuk memberi bumbung baru itu esok," katanya. - Bernama
10:100. Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.
ReplyDeleteguna akai untuk lihat kebesaran ciptaan Allah yang nampak depan mata sebagai dalil ujudnya Allah pencipta segala mahkluk di alam ini.
jangan suka bantah perintah Allah.
Bila bala begini datang, kita patut bersyukor pada Allah SWT tak di cabutkan nyawa, dan dapat saksiklan kekuatan maha ehsa.Jadi kita harus beristighfar dengan jangan tinggalkan amalan sholat 5 waktu serta jauhi dan membenteras benda benda mungkar.AllahSWT sayangi kita kerana jika dibandingkan bala yang di turunkan pada umat umat terdahulu lebih dahsyat.
ReplyDelete