Saturday, December 21, 2013

Adakah Ini Juga Menunjukkan Lebih Sudu Dari Kuah?

Kalau tidak ada kena mengena dengan laporannya
Kenapa?
Logikkah digantung kerana tak bersebab?
Apakah sebenarnya yang Wan Junaidi cuba sampaikan dengan dalih ini?
Akhbar yang heat atau laporannya yang 'heat'
Adooiiii.......pelik dan anihnya negaraku ini!

KDN nafi akhbar The Heat digantung kerana laporan Najib-Rosmah boros
OLEH AMIN ISKANDAR DAN MUZLIZA MUSTAFA
DECEMBER 21, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 21, 2013 11:13 AM

Laporan muka depan akhbar The Heat yang dikatakan tidak disenangi Putrajaya. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa penggantungan The Heat adalah disebabkan laporan akbar mingguan itu tentang perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dua hari lalu, The Heat digantung permit penerbitannya secara serta-merta dan ramai yang mempercayai ianya disebabkan laporan muka hadapan mengenai pemborosan Najib dan Rosmah.
“Keputusan penggantungan tidak ada kena mengena dengan laporan The Heat mengenai Perdana Menteri dan sebarang tuduhan sebaliknya adalah tidak berasas,” kata jurucakap KDN, dipetik oleh The Wall Street Journal.
Menurut KDN, permit penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris itu digantung kerana mereka melanggar syarat-syarat ditetapkan.
Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar, kiri) berkata penggantungan akhbar The Heat berkuatkuasa serta merta selepas diberikan surat tunjuk sebab.
Kata beliau, ia merupakan prosedur biasa sementara menunggu jawapan kepada surat tunjuk sebab, sebelum tindakan selanjutnya dari KDN.
“Penerbit mempunyai masa sehingga 24 Disember untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada mereka,” kata Wan Junaidi kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarang The Heat, Yeoh Guan Jin, telah mengesahkan kepada The Wall Street Journal tentang penggantungan akhbar itu.
“Akhbar mingguan itu tidak akan dikeluarkan pada 21 Disember seperti dijadualkan,” katanya.
Najib, setelah mengambil alih dari Tun Abdullah Badawi, telah mengumumkan beberapa langkah ke arah ruang demokrasi, termasuk kelonggaran sekatan terhadap media.
Bagaimanapun, tindakan menggantung The Heat dilihat sebagai percubaan mengembalikan era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memperlihatkan kawalan ketat ke atas media.

The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ianya disebabkan oleh rencana muka depan akhbar itu bertajuk “All eyes on big spending Najib”, dalam edisi 23-29 November, 2013. – 21 Disember, 2013.

2 comments:

  1. Asalam admin!Zahid komedi kat mana pasai pa tim dia kena jawab patutnya dia yang kena jawab baru komedi sikit.Zahir takut nak jawab sat lagi ja maharaja lawak pulak.Dak pun suruh 'dr' zamihan tolong jawab bagi pihak kdn

    ReplyDelete
  2. wahai amirul mukminin dari manakah kain yang tuan dapat untuk buat baju sedangkan kain yang kita dapat sama banyak tapi tak cukup untuk buat baju tolong jelaskan sebelum tuan meneruskan ucapan maka bangunlah anak Saidina Umar memberitahu bahawa kain bahagiannya telah diberikan kepada Umar.puas hatilah sekelian yang mendengar penjelasan itu maka Umar pun meneruskan ucapan dan pemerintahan. kalau benar jawapan tak perlu putar putar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa