Monday, December 30, 2013

Bengapnya Dia Nih!

Aku baru malam tadi balik dari KL
Pagi aku tengok laporan ini dari MI - agak kesal dan bengang!

Bagaimanakah makhluk begini dipilih menjadi pemimpin?
Kesian kepada sesiapa yang memberikan undinya kepada dia
Agak-agak dia ingat dia tu siapa bercakap macam makhluk tak berakal?

Pemimpin BN selar kenyataan pemimpin Umno minta rakyat tinggalkan negara
OLEH EILEEN NG
DECEMBER 30, 2013
Segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN) akhirnya bersuara mengkritik Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan, Datuk Zaiton Mat berhubung kenyataan kontroversinya menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan boleh tinggal di negara lain hujung minggu lalu.
Mereka menyifatkan ia sebagai satu kenyataan bodoh dan tidak dijangka selain menyatakan ketidakpuashatian terhadap sesuatu dasar kerajaan bukanlah bermaksud perlu berpindah daripada negara ini.
Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong (gambar) berkata luahan kebimbangan atau kritikan daripada rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup merupakan perkara biasa bagi masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi.
Zaiton berkata demikian selepas  membuat laporan polis mengenai himpunan kenaikan harga barang pada sambutan ambang Tahun Baru Selasa ini."Apa yang salah dengan itu? Ia tidak boleh disamakan dengan mengkhianati negara," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Bagi sesetengah orang yang begitu cenderung untuk mencetuskan kekacauan dan keadaan huru-hara, bererti tidak berterima kasih di atas kemudahan yang dinikmati.
"Kenapa mereka mahu memusnahkan keamanan negara dengan menjalankan perhimpunan gulingkan kerajaan," kata Wee .
Bagaimanapun, penganjur perhimpunan gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menolak tuduhan tersebut dengan menegaskan ia hanyalah bantahan yang diwakili rakyat bagi menyatakan kebimbangan berhubung kenaikan barang dan perkhidmatan.
Bagaimanapun Wee berkata, pandangan Zaiton itu kemungkinan dibuat tidak berasaskan pendirian parti.
"Terkadang adalah sukat untuk mengawal akar umbi, pemimpin bahagian perlulah lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan atau apa sahaja mereka katakan kerana ia boleh ditafsirkan sebagai pendirian parti," katanya.
Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (gambar) berkata tidak ada seorang pun yang berhak untuk memberitahu rakyatnya untuk meninggalkan negara hanya kerana pendapat yang berbeza.
"Pemimpin haruslah tidak membuat kenyataan yang akan mengguris perasaan masyarakat. Sikap itu perlu dielakkan tambahan pula selepas daripada saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu kerajaan lebih dekat kepada rakyat," katanya.
Manakala Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinanthan turut meluahkan kekecewaannya terhadap kenyataan Zaiton itu dengan menyatakan pemimpin Umno itu tidak memahami perbezaan antara politik dan kerajaan.
"Dia tidak patut merosakkan keharmonian negara ini. Saya tidak mahu mengulas isu yang dibawa oleh orang begitu," katanya.
Bagaimanapun ini bukan pertama kali pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Pada tahun 2008, ahli politik Umno Pulau Pinang Datuk Ahmad Ismail digantung daripada partinya gara-gara mengeluarkan perkataan "pendatang" semasa kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
Pada tahun yang sama juga dua guru dari Johor dan Kedah didakwa menghina pelajar bukan Melayu.
Pada tahun 2010, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dulunya merupakan menteri pertahanan pernah membuat kenyataan di Parlimen dengan menyatakan kaum Cina dan India tidak patriotik sebagai jawapan menjelaskan kekurangan penglibatan dua kaum itu dalam pasukan tentera.
Turut mencetuskan kontroversi ialah pegawai khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar yang menyamakan kaum India dan Cina sebagai pendatang selain berkata wanita Cina datang ke negara ini untuk terlibat dalam pelacuran.
Nasir menafikan membuat kenyataan demikian akan tetapi akhirnya bertindak meletakkan jawatan. – 30 Disember, 2013.

1 comment:

  1. Lebih baik keluar dari BN selagi UMNO berada di dalamnya. Kita boleh lihat kejaguhan UMNO dgn pemikiran begitu. Dimana harga diri parti kalian? Sekiranya masih bekerjasama, kenyataan itu merupakan wayang saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa