Thursday, December 19, 2013

Jawapan Paling Cerdik Dari Pejuang Melayu!

Pejuang Melayu atau pejuang saku?

BN menang pilihan raya, ada hak naikkan harga barang, kata Ibrahim Ali
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
DECEMBER 19, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 19, 2013 06:25 PM
Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu tempoh yang lama.
"Pilihan raya umum akan diadakan setiap lima tahun sekali. Kenapa nak pergi ke jalanan? Mereka telah menerima mandat. Terpulang kepada mereka.
Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai mengukuhkan kuasa politik bagi menguatkan sokongan mereka bagi menuju Putrajaya."Berhimpun di jalanan tak hormat proses demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih kerajaan. BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, kombinasi kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan menjadikan keadaan semakin gawat dan menurutnya, Perkasa mengakui rakyat sedang menerima tekanan kos hidup yang agak ketara.
“Dalam usul Perkasa ada menyeru kerajaan segera melihat isu ini secara serius sebelum keadaan tidak terkawal.
“Kerajaan yang ada hari ini dipilih menerusi pilihan raya maka jika mereka tidak berpegang pada janji menaikkan harga barang, pilihan raya seterusnya rakyat akan memutuskan siapakah yang paling layak menjadi kerajaan.
"Saya menentang keras atas prinsip demokrasi. Jika kita menuju ke jalanan dan menentang kerajaan tidak mengikut undang-undang bermakna kita tidak menghormati demokrasi," katanya yang menyifatkan PR juga tidak memberi jaminan urus tadbir kerajaan yang lebih baik.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam satu wawancara semalam memberitahu satu demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang PR dan kumpulan aktivis pada 1 Mei, 2014.
Beliau berkata demonstrasi raksasa itu akan menjadi kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin PR selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.
Katanya, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong oleh PAS, DAP dan PKR namun tempat demonstrasi masih belum ditetapkan.
Ibrahim berkata prestasi BN sebelum menjelang PRU14 akan diperhatikan bagi membolehkan Perkasa membuat keputusan sama ada untuk terus menaruh kepercayaan sama seperti PRU13 atau beralih arah.
"Empat tahun berikutnya Perkasa akan memantau dan membuat keputusan sama ada kepercayaan kami sama seperti sebelum PRU13 atau harga barang terus meningkat.
“Jika kerajaan tidak tunaikan janji seperti dalam manifesto, ia akan boleh jadi pelbagai hala. Itu pendirian kita.
"Perkasa bukan alat Umno tetapi apa yang kita dapati sebelum PRU13, tiada parti yang berkongsi kuasa terbukti selama 50 tahun menjamin keselamatan politik negara," katanya yang masih melihat PR tidak mempunyai struktur seperti BN. – 19 Disember, 2013.

5 comments:

  1. Demokrasi mende ko cakap ni Brahim, BN yg tak hormat demokrasi tu, ko rabun ke buta? Manifesto lain buatnya lain, itu menipu namanya. Mcmana boleh menjadi ahli lembaga pengarah UiTM ni, buat kenyataan yg bangang!

    ReplyDelete
  2. Hehehe...perkasa pejuang melayu, perjuang nak.....

    ReplyDelete
  3. tak de menda mamat ni merapu untuk orang yang senang ditipu.
    demokrasi -tak suka bn pilih pr

    ReplyDelete
  4. KALAU BODOH TU..TAK PAYAHLAH BUAT STATEMENT. BERAHIMMMMMMMMMMMMMMMM OI,BINGGUNG MACAM YANG SEANGKATAN AJE.

    ReplyDelete
  5. |






    |


    Mat Beraheng nih bolih dikatakan

    termasok di dalam geng yang sanggup

    lelong mak sendiri.


    Mat haprak-filosopi lalang


    Mat jalanan yang jadi bahan gelak

    untuk mat mat tukar tiub kat luar

    sana


    To mat mat macam Beraheng, sudah

    afdallah kalau kita cakap selamat

    jalan .


    Rumah kata pergi

    Kubur kata mari


    Adios!









    \



    \

    kkk



    /



    /

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa