Wednesday, December 18, 2013

Kematian Anggota TLDM: Polis Akan Buka Kertas Siasatan

Alfatihah......untuk arwah 
Benarkah gambar ini gambar arwah Asrup Raidin?
Saya harap tidak mengguriskan hati waris arwah kerana menyiarkan gambar ini
Polis siasat kematian anggota TLDM
KOTA KINABALU: Pihak polis akan membuka kertas siasatan berhubung kes kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3 Dis lalu, jika ia mempunyai unsur jenayah.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya akan menyiasat mengikut peruntukan Kanun Acara Jenayah setelah menerima laporan dari semua jabatan termasuk laporan bedah siasat dan patologi. 
"Kalau ada unsur-unsur jenayah kita akan menjalankan siasatan lain yang ada kaitan. Setakat ini kita siasat kematian mengejut dan jika mati akibat itu, kita akan tutup kes," katanya. 
Beliau turut meminta semua pihak termasuk media agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.
Menurut laporan, Laskar Kelas Pertama itu yang berasal dari Tenom dipercayai mati lemas ketika menjalani latihan renang di platform Danau di Stesen Uniform, Pulau Terumbu Ubi di Laut China Selatan.
Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, mangsa, Asrup Raidin, 27, dikatakan sedang melaksanakan latihan renang bersama beberapa pegawai TLDM yang lain sebelum mangsa dilihat letih dan lemah lalu dibawa ke jeti untuk diberi bantuan pernafasan. 
Sementara itu, Panglima Wilayah Laut Dua Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian mangsa. - Bernama

1 comment:

  1. 4:135. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    peringatan dari Allah untuk orang orang yang beriman.

    bukti dari Allah terang dan nyata bukti dari manusia boleh jadi direka walau pun ada yang betul.
    simpati untuk keluarga simati.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa