Tuesday, December 24, 2013

Korang Tanak Terima Kasih Lagi Kat Kak Mah?

Ini kerana hubungan Rosmah dengan Wanita Pertama UAE Princess Haya Binti Al Hussein
Itulah korang marah Rosmah pakai Jet Kerajaan
Tengok berapa kerajaan UAE sumbang untuk mangsa banjir kita?

Korang jangan marah aku dan katakan aku membela Rosmah
Aku hanya berandaian saja......

Apa pun bagi aku ini adalah kerana hubungan politik dan tanggung jawab terhadap sesama Islam dari sebuah negara Islam yang kaya

UAE sumbang AS$10 juta untuk mangsa banjir di Malaysia
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan mengarahkan supaya US$10 juta diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia baru-baru ini.
Menurut Kedutaan UAE dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, inisiatif ini merupakan bantuan khusus kepada lebih 20,000 keluarga yang terjejas akibat banjir besar yang melanda daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.
“Persatuan Bulan Sabit Merah UAE akan melaksanakan inisiatif kemanusiaan ini melalui kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan,” katanya.
“Dengan bantuan ini, diharapkan mereka akan dapat pulang ke rumah dan menjalani rutin harian seperti biasa,” katanya. - Bernama, 24 Disember, 2013.Tambahnya lagi, bantuan berupa keperluan asas yang diperoleh daripada pasaran tempatan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia yang terlibat. - sumber

3 comments:

  1. Dalam keadaa pentadbiran sekarang, kemungkinan rakyat umum boleh musykil,,, akan sampaikah bantuan itu pada yang berhak, berapa peratus akan akan masuk poket pentadbir. Jawapan untuk wang pampasan kekejaman jepun masih belum terjawab sampai sekarang??

    ReplyDelete
  2. Negara Malaysia adalah diantara negara kaya di Asia, tapi kekayaan itu dijoli, di curi dan dilarikan keluar negara oleh pemimpin kerajaan dan isterinya sehinga masaalah rakyat diabaikan. Bila bencana datang melanda, pergi negara orang minta sedekah lalu kita perlu berterima kasih pada peminta sedekah itu sebagai orang yang berjasa ?

    Memang orang itu manusia haramjadah !

    ReplyDelete
  3. 10 juta ye...???? Boleh sangatlah buat tambahan untuk membeli Cincin Berlian Kak Mah yang baru.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa