Peniaga Emas Ditemui Mati Dibunuh - Selamatkah Kita?
Apa nak jadi dengan negara ini sekarang?
Kita sentiasa hidup di dalam kebimbangan dan ketakutan
Rompak, samun, curi dan bunuh dah jadi berita lumrah
Kita dihimpit kebimbangan
Kita jerut kenaikan sara hidup
Kita dah bosan dengan cakap tak serupa bikin orang-orang politik
Kita menyampah dengan keborosan pemimpin
Keluarga tidak sangka ibu hilang ditemui mati
26 Disember 2013
MACHANG - Keluarga mangsa bunuh tidak menyangka kehilangan ibu mereka, Tuan Faridah Tuan Losen, 60, selama empat hari sejak Ahad lepas, berakhir dengan berita kematian wanita itu.
Mayat wanita yang bekerja sebagai peniaga emas itu ditemui di kawasan semak di Kampung Chekok Budu, Paloh Rawa di sini semalam.
Anak kedua mangsa, Nik Mohd Zumairi Hanapi, 32, berkata ibunya ada menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, dan dia memaklumkan kepada rakannya untuk berjumpa individu berkenaan.
"Namun sehingga pukul 4 petang pada hari yang sama, ibu masih belum pulang menyebabkan kami sekeluarga bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangan arwah," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Raja Panyit hari ini.
Pada Ahad lepas, Tuan Faridah dilaporkan hilang dari rumahnya dan mayat wanita itu, dipercayai mati dibunuh, ditemui sepasang suami isteri yang sedang mencari rumput untuk makanan kambing mereka di kawasan semak Kampung Chekok Budu, Paloh Rawa pada kira-kira 6 petang.
Sementara itu, menantu mangsa, Syeikh Ibnu Hajar Jusoh, 36, berkata sebelum kejadian, Tuan Faridah keluar bekerja seperti biasa dan tiada tanda-tanda serta perubahan pelik pada dirinya.
"Kami tidak menyangka sekali arwah pergi meninggalkan kami dalam keadaan sebegini. Pemergiannya hanya meninggalkan kenangan pahit kepada kami sekeluarga kerana arwah adalah seorang yang amat baik dengan sesiapa sahaja.
"Kami menerima pemergian arwah dengan tabah dan sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta berharap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian ibu mendapat balasan yang setimpal," katanya.
Beliau berkata jenazah ibu mertuanya dibedah siasat di Hospital Machang selepas pengecaman mayat dibuat oleh anggota keluarga.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja pada kira-kira 11 pagi ini. - Bernama
bila nak jumpa seseorang yang belum dikenali eloklah bagi tahu ahli keluarga atau kawan atau bawa kawan
ReplyDeletela ni tak boleh dipercayai 100% lagi