Tuesday, December 24, 2013

Persoalan Ini Sepatutnya Sudah Lama Terjawab !

Sebearanya tak perlu penambahbaikan - tukar ajer!
Selepas kemalangan Genting Sempah
Kononnya kajian menyeluruh dilakukan dan diwarkan-warkan nak ganti Heli baru
Yang dah jadi?
Wang kerajaan ketirisan tercicir merata
Tapi untuk pertahanan dan keselamatan tentera terabai?
Berhentilah dari menyalahkan 'alam'

Teknologi Nuri sudah ketinggalan
Paparan grafik di muka depan BH hari ini

Helikopter Sikorsky S-61A-4 perlu penambahbaikan

Kuala Lumpur: Nahas terbaru helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Pulau Perak, dekat Kedah kelmarin menimbulkan persoalan mengenai keupayaan pesawat Sikorsky S-61A-4 itu untuk terus berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ini kerana sejak pesawat itu memulakan khidmat dalam ATM pada 1968, ia merekodkan lebih 10 insiden nahas yang menyebabkan kehilangan nyawa anggota tentera selain kerugian aset pertahanan negara. 

Pakar industri penerbangan dan mereka yang pernah menerbangkan pesawat itu berbeza pandangan sama ada Nuri perlu dikekalkan atau diganti dengan helikopter jenis lain. 

Seorang sumber industri penerbangan dan pertahanan berpendapat, teknologi pesawat Nuri sudah ketinggalan zaman untuk berdepan dengan perubahan cuaca.

Beliau berkata perubahan cuaca dunia yang semakin panas menjejaskan penerbangan, terutama pesawat yang terbang di bawah paras 10,000 kaki seperti helikopter.

Keadaan cuaca punca nahas


“Keadaan cuaca dunia yang kian panas dipercayai antara punca utama nahas membabitkan pesawat penerbangan termasuk insiden terbaru pesawat Nuri TUDM kelmarin. Wap panas dan tiupan angin kencang pada paras itu mempengaruhi penerbangan dan ditambah lagi dengan teknologi manual Nuri yang ketinggalan zaman,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa