Friday, December 20, 2013

Rakyat Bergelut Dengan Sara Hidup Tinggi Mereka Bising Isu Wahabi - Togel Punya Pemimpin!

Atau saja buat isu nak alihkan perhatian?

Ustaz KDN ajak Shahidan berdebat, siapa kalah lepaskan jawatan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
DECEMBER 20, 2013

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghar mencabar Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing.
Sebelum ini dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Shahidan menyelar Zamihan kerana melibatkan Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap Syiah."Saya tidak pernah sesekali mengelirukan umat Islam tentang Wahabi sebaliknya hanya menyeru supaya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Shafie dan memberi iltizam akhlak Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Katanya, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahabi dan ramai ahli Umno marah dengan kenyataan tersebut.
"Pegawai di KDN hendak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya.
Zamihan berkata, Shahidan tidak layak untuk membincangkan isu Wahabi atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri itu.
Katanya, tindakan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membela Wahabi membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran Wahabi.
"Mengapa beliau perlu bimbang dan melenting apabila disebut tentang Wahabi? Adakah beliau menyokong Wahabi? Mengapa perlu membela ajaran itu sedangkan di Malaysia kita mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di negara ini," katanya.
Zamihan berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan salah seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian itu.
"Beliau sebut fahaman Syiah adalah salah tetapi siapakah antara individu menandatangani Amman Message mengiktiraf Syiah, bukankah beliau salah seorang daripadanya," katanya.
Pada 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Tan Sri Abdul Hamid Othman menandatangani perjanjian Amman Message.
Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.
"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah negara dan itu sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika ini.

"Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan," katanya. - 20 Disember, 2013.

1 comment:

  1. Macam nak tumpang glamor je. Ini lagi satu drama cubaan memesong tumpuan rakyat dari isu himpitan kenaikan harga barang dll. Skrip wayang dah nampak jalan ceritanya, tak suspen langsung. Apa pentingnya pd masa ini? Penyamun bergaduh dengan lanun, perompak jadi selamat untuk terus merompak. Berwaspadalah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa