Wednesday, December 25, 2013

Ustaz Khairy Berfatwa

Sebahagian dari apa yang Khairy kata itu betul tetapi ada yang tertinggal
Pada aku.........
Kalau perayaan itu merupakan perayaan agama dan kita ikut serta
Maka samalah juga dengan kita mengakui agama itu selain Islam anutan kita
Tetapi kalau ianya hanyalah perayaan adat dan tiada kaitan dengan mana-mana agama serta tidak ada apa-apa ritual pemujaan di dalamnya
Tidak ada salahnya

Khairy gesa umat Islam yakin dengan kepercayaan sendiri
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
DECEMBER 25, 2013
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar) hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak perlu khuatir dengan pegangan agama mereka, malah menyeru supaya yakin dengan pegangan mereka.
"Jika kepercayaan anda kuat, tiada apa yang boleh buat anda kehilangan agama," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya sempena sambutan Hari Natal hari ini.
Jelas Ketua Pemuda Umno itu lagi, dengan meyakini pegangan sendiri, umat Islam akan lebih menghormati anutan agama lain sekaligus menghapuskan perasaan wujudnya ancaman gerakan memurtadkan umat Islam.
"Anda tidak akan melihat mereka sebagai ancaman, sebagai orang yang cuba memurtadkan anda secara senyap," kata Khairy."Dan jika anda yakin dengan kepercayaan sendiri, anda akan lebih menghormati orang lain.
Pemimpin muda Umno itu turut menceritakan pengalaman beliau menuntut di sekolah mubaligh ketika berada di Jepun, yang mana gurunya merupakan mubaligh dari Kanada yang dikenali sebagai Brother Raymond.
"Kami semua menyanyi dalam koir. Apabila tiba Krismas, mereka yang bukan Kristian turut menyanyi lagu yang tidak berunsur keagamaan. Saya fikir beberapa kawan juga menyanyi lagu keagamaan tetapi mendiamkan diri dalam ayat tertentu.
"Saya pergi ke rumah kawan ketika Krismas. Saya diberi hadiah. Ibu bapa saya juga bersedia, jadi saya bawa hadiah bersama untuk diberi kepada tuan rumah," katanya dan menambah kesemua itu tidak langsung menjejaskan akidahnya.
"Semua ini tidak menjejaskan kepercayaan saya... tiada apa di sekolah Katolik saya yang boleh mencabar dan menurunkan iman saya," katanya.
"Malah, anda mungkin akan belajar daripada mereka sepertimana saya belajar dengan Brother Raymond," tambahnya.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 telah mengeluarkan "Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam" dan melarang orang Islam menghadiri majlis sambutan Krismas sekiranya terdapat lambang salib, atau pokok Krismas kerana dianggap “bertentangan dengan akidah Islam”.
Khairy bagaimanapun dalam kenyataannya itu turut berkata ketika di sekolah berkenaan terdapat banyak tanda salib diletakkan di setiap bilik darjah.
Brother Raymond juga jelasnya turut menggantung tanda salib yang besar di leher.

Sekolahnya juga jelas Khairy akan bermula dengan bacaan doa dan mereka yang bukan beragama Kristian menunduk hormat serta membaca Al-Fatihah sepertinya. – 25 Disember, 2013.

1 comment:

  1. Kalau kelakuan senonoh, minum arak, kaki perumpuan walau pun Islam, itu lah contoh burok image pemimpin Melayu Islam.Saya sekolah mubalig Kristian 11 tahun, saya akui akidah kita susah di gugat tetapi penahanan diri daripada maksiat amat terbatas.Kalau cepat sedar bertaubat moga Allah SWT terima, tapi dah jadi pemimpin perangai maksiat tak ubah, itu yang bahaya, lepas itu kutuk alim ulama.Jadi apa pun jikalau akhlak rosak, rosak lah negara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa