Tuesday, December 31, 2013

Walau Pun Sinis, Nampaknya Nazri Terbuka

Sinis adalah stail Nazri
Tapi yang penting hakikatnya dia tidak bantah

Tukar tarikh perhimpunan, jangan serentak dengan ambang Tahun Baru, kata Nazri
DECEMBER 31, 2013
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) meminta penganjur perhimpunan haram menukar tarikh perhimpunan supaya tidak diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru malam ini.
Dengan nada sinis Mohamed Nazri berkata, jika penganjur menukar tarikh perhimpunan tersebut, ianya mungkin boleh dijadikan "produk pelancongan" yang baru kepada pelancong dari luar negara.
"Kita boleh menunjukkan dan membuktikan Malaysia mengamalkan demokrasi politik segar di mana rakyat boleh berprotes secara haram tanpa ditangkap.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini."Mungkin saya boleh panggil pelancong untuk melihat keburukan segelintir parti politik di negara ini," katanya dengan nada sinis ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram untuk mengguling kerajaan yang akan diadakan malam ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru.
Mohamed Nazri berkata amalan berprotes adalah suatu benda biasa yang juga dilakukan di negara lain seperti di Mesir dan Ukraine, namun janganlah dilakukan pada hari orang ramai ingin menyambut tahun baru.
"Malam ini orang ramai mempunyai pilihan sama ada hendak ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baharu atau menyertai perhimpunan haram," katanya.
Sementara itu ketika mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pengurangan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, beliau menyokong pengurangan itu kerana baginya jemaah menteri bekerja untuk rakyat.
"Saya rasa dengan keadaan ekonomi sekarang, jemaah menteri sepatutnya mendahului perkara ini walaupun elaun wakil rakyat di Selangor naik tetapi kita mengurangkannya.
“Apa yang penting kita cukup makan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Perdana menteri semalam mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, berkuatkuasa esok. – Bernama, 31 Disember, 2013.

2 comments:

  1. Menteri UMNO/BN ini bukannya setakat cukup makan, malah dah terlebih makan. Kalau ular sawa telan kambing pun selepas itu dia tidak akan makan selama 2 bulan. Tetapi menteri UMNO/BN ini hari-hari nak makan rasuah, tidak cukup itu negara jadi taruhan. Mereka ini lebih teruk dari binatang dan amat tidak sesuai sekali beragama Islam (sebab akan merendahkan martabat Islam di mata agama lain di dunia).

    ReplyDelete


  2. الظروف الجوية القاسية يمكن أن يؤدي الى تسرب يتطلب كشف تسربات المياه بالرياض خلال الرياح القوية، يمكن أن الحشوات ضعيفة مزق قبالة بسهولة من قوة الهواء. يمكن القوباء المنطقية أيضا كسر أثناء البرد كشف تسربات المياه خلال فصل الشتاء، يمكن طبقات ثقيلة من الثلوج تتسبب في جولة الاعادة لالسدود واستيعابها من خلال طبقات من السقف كشف تسربات المياه بالرياض يمكن عدم وجود صيانة يؤدي أيضا إلى تدهور في وقت مبكر والحطام يمكن أن يطلق المواد التي تفتت واختراق مواد التسقيف شركة كشف تسربات بالرياضموس يمكن أيضا إنشاء بعض الأضرار الجسيمة مرة جذورها تخترق من خلال القوباء المنطقية.
    الخطوة الأولى في تحديد وجود تسرب هو اكتشاف سبب دخول المياه كشف تسربات المياه بالرياض هناك العديد من العوامل التي يمكن أن تسبب المياه التي تتسرب من خلال السقف وداخل المنزل كشف تسربات المياه واحدة من أكثر الأسباب شيوعا هو ضعف البناء. صنعة المقاول ما يعادل نوعية النهاية شركة كشف تسربات بالرياض مهما كانت باهظة الثمن أو دائم المواد، إذا كانت مثبتة بشكل سيئ يمكن أن كشف تسربات المياه بالرياض يؤدي إلى الأضرار الناجمة عن المياه أثناء موسم الأمطار.
    كشف تسربات

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa