Friday, January 24, 2014

Aku Setuju.....Tapi Kenapa Baru Sekarang?

Sebelum ini tak ada orang Islamkah di Pulau Pinang?
Atau hanya Melayu yang fobia dengan babi, Mamak tidak?
Atau bila Pulau Pinang diperintah kerajaan PR baru orang Islam di sana jijik dengan babi?

NGO Islam Pulau Pinang tuntut haramkan jualan babi secara terbuka
JANUARY 24, 2014
OLEH LOOI SUE-CHERN
Tekanan semakin meningkat di Pulau Pinang hari ini apabila badan bukan kerajaan (NGO) Islam menuntut kerajaan negeri untuk melarang penjualan daging babi secara terbuka di negeri itu.
Islamic Solidarity and Charity Organization (Isco) berkata penjualan daging babi secara terbuka tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Pulau Pinang.
Presiden Isco, Abdul Rahman Makhtun berkata dalam suratnya kepada presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyyah Ismail hari ini, MPPP harus lebih menghormati sensitiviti umat Islam kerana haiwan tersebut adalah haram di sisi Islam.
"Isco risau dengan penjual daging babi yang semakin berani untuk menjual daging haiwan tersebut secara terbuka di sekitar Georgetown seperti Lebuh Chulia, Jalan Kuantan, dan Jalan CY Choy.
"Kami tegas meminta MPPP untuk bertindak terhadap penjual daging babi yang tidak sensitif dengan melarang penjualan daging babi secara terbuka," katanya. 
Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Naib Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd Salleh Man. – 24 Januari, 2014

3 comments:

  1. juai arak secara terbuka tak sensitif pula ke tolong la sikit kalau nak berjuang biar betoi betoi jangan sekerat jalan. jangan ingat babi aja banyak benda lain pun haram jugak

    ReplyDelete
  2. Semasa saya tinggal di Pulau Pinang (Jelutong)dalam tahun 60an dulu babi berkeliaran di bawah rumah orang2 melayu. Masa tu BN memeritah P Pinang.Tak ada pula orang melayu sibuk2 komplen.Sekarang bila melayu dah pupus di P Pinang dan kerajaan diterajui oleh PR, barulah mamak2 (melayu?) heboh bab jual daging babi. Soalannya, apa mamak2 ni buat kat pasar jual daging babi?? Nak beli, beli sjalah.

    ReplyDelete
  3. Ini budak budak EEE aka KHORDHING-GHELL saja nak buat hal... Moga2 bani Melayu jangan jadi Ngok terikut ikut sudah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa