Monday, January 13, 2014

Barulah Nampak Cerdik, Nampak Kepentingan Agama, Bukan Politik

Rakyat berharap orang baru ini tidak duduk dan berkhidmat di bawah telunjuk politik!

Pengarah baru: JAIS sedia maklumkan serbuan sensitif
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang dikehendaki menteri besar dan exco Selangor dalam serbuan berkaitan perkara sensitif selepas ini.

Pengarahnya yang baru Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, mereka tiada masalah memaklumkan tindakan mereka kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan exco terlebih dahulu sebelum bertindak.

"Kita akan ikut, tiada masalah. SOP sebenarnya lebih kurang sama. Cuma kita kena maklumkan kepada kerajaan (negeri)," katanya dalam kenyataan sulungnya yang ringkas media hari ini.

Beliau ditemui pemberita sebelas majlis pelantikannya sebagai pengarah JAIS di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 8 Januari lalu berkata, JAIS perlu berbincang terlebih dahulu dengan exco negeri sebelum mengambil tindakan sensitif agar tiada masalah komunikasi.

Khalid berkata demikian ketika menjelaskan langkah memperkemas SOP jabatan itu susulan serbuan dan rampasan Bible berbahasa Melayu ke atas Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya pada awal Januari.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa