Thursday, January 16, 2014

Kenapa Bila Majoriti Di Tempat Itu Cina Maka Jadi Perkauman?

Kenapa sempit sangat pandangan dia nih?
Tengokkan title pada pagkal namanya tu dia ni bukan jenis orang biasa
Tapi berada di dalam satu kumpulan bernama UMNO terus terjurus ke arah perkauman?
Kalau Melayu pijak gambar dan kencing pemimpin Cina tidak pulak timbul isu perkauman?
Apa daa......
Sebenarnya aku pun tak suka bila protes menjadi melampau dan liar terutama terhadap pemimpin utama!

Isu kangkung dikaitkan dengan kaum pula

Selepas pelbagai parodi, jenaka dan ejekan, sensasi kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dengan isu kaum pula.

Penulis blog pro-Umno terkenal Dr Novandri Hassan Basri (kanan) hari ini menyelar tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon yang tampil dengan flashmob memperolokkan kenyataan Najib itu.


Lee bersama sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini berkumpul di Bukit Mertajam dengan replika besar muka Najib yang disumbat mulutnya dengan 10kg kangkung sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.


Bagaimanapun, selepas ejekan besar-besaran di alam maya, termasuk dilaporkan media antarabangsa seperti BBC, tindakan itu nampaknya mengundang kemarahan penyokong BN.


“Cina Pakatan pembangkang semakin melampau dan kurang ajar nampaknya,” tulis Dr Novandri dalam tulisannya Dr Mim hari ini.

“Ini yang dilakukan oleh PKR di Machang Bubuk, Pulau Pinang yang menghina DS Najib Razak, perdana menteri Malaysia secara terbuka dengan menyumbat kangkung ke mulut replika perdana menteri!”


Dr Novandri berkata, langkah itu menggambarkan “kerendahan moral mencerminkan bangsa yang seperti tidak berpelajaran, malah berkelakuan seperti kanak-kanak”


“Nampaknya, pakatan pembangkang sengaja mahu menguji kesabaran penyokong-penyokong BN. And it's not funny anymore. (Dan ia tidak lagi lucu.)” - sumber

1 comment:

  1. Tak sangka ada doktor bangang.Kalau orang umno arak dan pijak kepala lembu bagi doktor bodoh ni satu perjuangan; bila orang lain buat lawak kat pemimpin atau parti berkarat umno itu malampau dan chauvinistik. Tapi what can you expect from umno worshippers.Got brain but no sense.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa