Sunday, January 26, 2014

Kencing Dalam Tempurung, Tilik Muka Sendiri Dululah MCA!

MCA perlu cermin diri dahulu sebelum bicara pertelingkahan Khalid-Azmin

09:04PM Jan 24 2014


SEKILAS PANDANG: Pemimpin MCA tidak pernah berubah. Mereka tidak tahu malu dan kurang cerdik. Sewajarnya mereka cermin diri dahulu sebelum mengata pihak lain.
Timbalan Presidennya Datuk Dr Wee Ka Siong menyelar kerajaan Pakatan Selangor berhubung pertelagahan di antara pucuk pimpinan negeri itu.
Di dalam kenyataannya pada 24 Januari, Wee berkata pertelingkahan yang melibatkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan timbalan presiden PKR Azmin Ali membuang masa serta tenaga pimpinan negeri berkenaan.
Beliau berkata, pembangunan Selangor terabai di dalam tempoh lima tahun setelah Pakatan memerintah kerana pertelagahan mereka berdua.
Sekiranya Wee berasa kenyataannya lebih baik daripada kenyataan-kenyataan pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Ti Lian Ker serta timbalan beliau Ng Chok Sin, Wee sememangnya bermimpi di siang hari.
Sudah jelas bahawa rakyat melihat kepimpinan MCA sebagai tiada kualiti. Itu sebab parti itu ditolak kaum Cina di dalam PRU13.
Kenyataan Wee sebenarnya aneh serta bersifat hipokrit.
Beliau harus mengingatkan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai serta bekas presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar menghentikan sandiwara mereka.
Ketika pertembungan Datuk Seri Ong Tee Keat-Chua pada 2009-2010, Wee sendiri terlibat dengan pertembungan dengan Ong selaku presiden ketika itu.
Wee perlu meluangkan lebih masa menangani masalah yang membelenggu masyarakat Cina.
Bagi Khalid dan Azmin pula, mereka wajar menghentikan pertelagahan yang melanda, kerana bakal dilihat tidak ubah seperti telatah pimpinan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa