Friday, January 24, 2014

Khairy: Hang Jaga-Jaga .....Penjaga Kalimah Allah Dah Marah Oooo!

Itulah ko Khairy...baru-baru ni ko cuba nak jadi Ustaz

Tapi yang aku ragunya adakah mereka-mereka yang bising ini telah menjagaserta memelihara kalimah Allah dalam diri dan dalam hati masing-masing sebaik-baiknya?

Perkasa: Khairy, kamu hanya menteri belia dan sukan, jangan cakap soal kalimah Allah
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JANUARY 23, 2014


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini mempersoalkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkenaan penyelesaian 10 perkara yang membenarkan bible Bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah.
Kumpulan pendesak Melayu itu menegaskan, Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan tidak seharusnya menjadi jurucakap Putrajaya memandangkan perkara berkenaan bukanlah di bawah bidang kuasa pemimpin muda itu.
"Perkasa ingin menanya kepada YB Khairy, apa dia 10 perkara penyelesaian Putrajaya dalam isu bible Bahasa Melayu?
"Tolong senaraikan 10 perkara itu? Apakah ada sebut kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dalam 10 perkara itu?" soal Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), lewat petang tadi di Kuala Lumpur.
Khairy awal hari ini berkata Putrajaya komited dengan penyelesaian 10 perkara yang mengatakan bible Bahasa Melayu boleh menggunakan perkataan Allah, namun rampasan bible berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.
Putrajaya juga jelas Khairy ingin "meredakan ketegangan" berkenaan perdebatan atas isu tersebut, meskipun penyelesaian terhadap 10 perkara itu dimeterai pada 2011 bersama pemimpin Kristian.
"Kurang komen isu ini lebih baik. Sudah tentu kerajaan persekutuan komited kepada penyelesaian 10 Perkara dan perkara itu jelas.
"Apabila berkata tentang enakmen, ia sepenuhnya di bawah pertimbangan kerajaan negeri," katanya.
Perkasa bagaimanapun menasihati Khairy agar beliau seharusnya mengeluarkan kenyataan berhubung soal parti, bukannya soal pentadbiran Putrajaya.
"Jangan jadi jurucakap Putrajaya sebab kamu itu hanya menteri belia dan sukan. Bukan perdana menteri atau menteri yang menjaga hal ehwal Islam," tegas Perkasa dalam kenyataannya.
"Sebagai ketua Pemuda Umno dan BN (Barisan Nasional) selayaknya bercakap hak berkaitan parti bukan hal urusan kerajaan kecuali kementerian kamu," tambahnya.
Perkasa turut berkata, pihaknya langsung tidak mendapati kenyataan Khairy berhubung titah Yang di-Pertuan Agong sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru menetapkan perkataan Allah adalah hak eksklusif Muslim.
"Kami tak membaca di mana-mana media komen YB Khairy berkaitan titah Tuanku Yang Di-Pertuan Agong itu," katanya.
Pertubuhan itu turut menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi penjelasan berhubung 10 perkara berkenaan.
"Perkasa desak menteri yang menjaga hal ehwal Islam DS Jamil Khir perjelaskan 10 perkara yang dimaksudkan itu apakah membabitkan kebenaran pengunaan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu?"
"Perkasa masih simpan rekod bahawa YB Khairy antara orang terawal yang berada di sebuah gereja yang terbakar beberapa tahun lalu tetapi tidak nampak muka di mana-mana masjid dan surau yang telah dilempar kepala dan isi babi sebelum ini.

"Apakah itu perjuangan seorang ketua Pemuda Umno?" soal pertubuhan berkenaan itu lagi. – 24 Januari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa