Sunday, January 19, 2014

Kih...Kih......Malu Boleh, Sakit Dapat!

Pasangan kekasih panik cedera ketika lari

Alor Gajah: Sepasang kekasih cedera ringan selepas kereta dinaiki terlanggar tiang telekom ketika cuba melarikan diri daripada penduduk kampung di Jalan Kampung Sungai Ragok, Ayer Paabas di sini, awal pagi tadi.

Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan pasangan penuntut IPTA wanita, masing-masing berusia 20 tahun itu sedang bercengkarama di dalam kereta apabila disergah penduduk kampung.


Panik dengan kehadiran orang kampung, kakitangan KTMB itu nekad mengundurkan kenderaan dinaiki sejauh 200 meter sebelum merempuh sebatang tiang telekom, kira-kira 2.30 pagi tadi.


Kenderaan berkenaan terpelosok ke dalam longkang dan kedua dua mangsa dikatakan cedera ringan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa