Tuesday, January 7, 2014

Kit Siang adalah ‘keldai tua’ yang tidak faham perlembagaan, kata Noh Omar

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
JANUARY 07, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 07, 2014 04:45 PM
Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar (gambar) menyifatkan Lim Kit Siang sebagai 'keldai tua' yang tidak memahami undang-undang walaupun sudah menjadi ahli Parlimen sekian lama.
"Kenyataannya jelas menunjukkan dia adalah keldai tua yang tidak memahami perlembagaan," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.
"Untuk seseorang yang sudah berada di Parlimen sejak sekian lama, dia masih tidak dapat membezakan kuasa kerajaan pusat dan negeri," kata Noh yang merujuk kepada kenyataan Lim yang menyifatkan Umno sebagai parti yang sedang musnah ekoran kenyataan Noh menyokong serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM).
"Di negeri seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak mereka tidak mempunyai undang-undang sebegini. Jadi bukan Islam boleh menggunakannya.Noh, Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, enakmen Agama Bukan Islam Di Selangor (Kawalan penyebaran di kalangan Muslim) Enakmen 1988 jelas menyebut kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
"Tetapi tidak di Selangor, dimana undang-undang sangat jelas. Ia tentang menghormati undang-undang," kata Noh.
Dia mengaku undang-undang ini dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu, tetapi Selangor telah mengeluarkan fatwa tentang penggunaan kalimah Allah pada 2010.
"Sultan Selangor juga telah mengeluarkan perintah perkataan itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam di Selangor untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam," katanya.
Menteri Besar sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim juga berkata, kerajaan negeri Selangor akan menghormati perintah Sultan itu, kata Noh.
"Jadi mengapa Lim tidak berkata sedemikian? Adakah dia buta, bisu atau bodoh ketika itu?
"Mengapa DAP hanya diam ketika Tan Sri Khalid mengeluarkan kenyataan itu," katanya sambil menambah ini menunjukkan Lim cuba mendapatkan manfaat politik dengan mempolitikkan isu ini sekarang.
Lim telah mengkritik Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Noh kerana menyokong serbuan Jais ke atas PBM pada 2 Januari di mana lebih 300 naskhah Bible berbahasa Melayu dan Iban dirampas.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, kedua-dua mereka telah lupa tentang perjanjian 10-perkara Putrajaya sebelum ini. – 7 Januari, 2014.

2 comments:

  1. Yang nampak jelas kebodohannya adalah Noh itu sendiri dgn otak udangnya. Kenapa perlu diserbu ke dalam tempat beribadat penganut agama lain? Kebebasan beragama jelas termaktub dlm perlembagaan pesekutuan. Perlembagaan merupakan undang2 tertinggi di Malaysia, mengatasi undang2 mahkamah dan titah sultan. Terdapat kontradik dgn keputusan mahkamah dan perlembagaan, maka apa salahnya dipersoalkan. Adakah Noh udang bersetuju dgn penghinaan kpd agama lain spt dibuat oleh pihak Jais itu?

    ReplyDelete
  2. Memalukan bangsa sahaja panggil kit siang keldai tua tak sedar duit cukai dari kelibat kit siang bayar tanggung makan minum sampai belajar universiti tak sedar.

    Tengok muka badan sendiri tau budak otak benggap , nak kutuk tangan yang bagi dia mentedarah sampai lupa diri.

    Apa nak jadi dengan Melayu....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa