Friday, January 17, 2014

Laaa.......Sudah Kawin Rupanya Budak Ni!

Jumaat Januari 17, 2014
Cristiano Ronaldo & Irina Shayk Nikah Dalam Diam 

CRISTIANO Ronaldo dan Irina Shayk sudah lama menjalinkan hubungan cinta dan terbaharu, pasangan itu dikatakan sudah berkahwin dalam diam.
Menurut laporan portal Dailymail, berita itu mula diperkatakan ketika Cristiano menghadiri sebuah acara anugerah Ballon d'Or, Isnin lalu dan ketika itu dia menerima pengiktirafan Pemain Bola Sepak Tahunan sebanyak dua kali.
Dalam ucapannya, dia telah membuatkan ramai orang terkejut apabila mengucapkan terima kasih kepada 'isteriku' yang ditujukan kepada Irina.
"Untuk semua orang yang terlibat secara tidak langsung sepanjang karier sukan bola sepak ini, saya benar-benar ingin berterima kasih kepada ‘isteriku’, rakan-rakan dan anak saya," katanya.
Pada acara anugerah itu, Irina turut hadir bersama anak mereka memberi sokongan terhadap Cristiano. Ketika memberi ucapan itu, lelaki berusia 28 tahun itu tidak dapat menahan air mata tanda terharu. - sumber

3 comments:

  1. Salam Pak Din,
    Kita doakan semoga dia menganut Islam pula ...

    ReplyDelete
  2. W,salam Dr.

    Bagus juga kalau dia mauk Islam. Sama-samalah kita doakan.

    ReplyDelete
  3. dlm ucapan dia sebut 'girlfriend' bukan 'wife'.......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa