Wednesday, January 22, 2014

Malang (gambar): Mati kepala tersepit lif

Oleh: Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Kuching: Seorang pekerja kedai perkakasan logam maut selepas kepalanya tersepit pada lif pemunggahan barang di sebuah pusat komersial di Jalan Song, kira-kira 4 petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Benedick Guan Christopher, 19, mati di tempat kejadian dipercayai akibat patah leher.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.45 petang dan 12 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian. 
Katanya, kepala mangsa tersangkut antara lif dengan dinding menyebabkan lif itu tersekat.
"Mangsa dipercayai pengsan dalam lif itu, menyebabkan dia jatuh dan kepalanya tersangkut antara lif yang tidak berpintu dengan dinding.
"Lif itu tersekat di tingkat tiga dan ketika mengeluarkan mangsa, dipercayai lehernya sudah patah," katanya.
 ANGGOTA bomba berusaha untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit. FOTO Siti Mazlina
LUBANG lif mangsa tersepit. FOTO Siti Mazlina
Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.
Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. 

2 comments:

  1. Kemalangan sebegini tidak seharusnya terjadi. Kenapa lif yg sepatutnya hanya digunakan untuk memunggah barang dinaiki oleh manusia? Pihak pengurusan perlu menjelaskan larangan ini, dgn meletakkan papan kenyataan larangan tersebut di pintu luar lif. JKKP perlu membuat pemantauan keselamatan penggunaan lif penumpang dan lif barangan disemua premis kerajaan, swasta dan persendirian selaras dgn akta sedia ada.

    ReplyDelete
  2. sedih bila tengok insiden cam gini., rakyat marhaen yang nak cari makan dan membantu ibu bapa ditimpa malang., takdir penentu segala.., budak ni baru berumur 19 tahun- sebaya ngan anak-anak kita yang berkerja untuk membantu keluarga

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa