Thursday, January 30, 2014

Mamat Ni Maracau, Perlukan Harun Din Menghalau Hantu!

Mamat ni telah dirasuk hantu kebencian!
Mamat ni dirasuk hantu buruk sangka!
Mamat ni dirasuk hantu perasan baik dan bijak!
Mamat ni dirasuk hantu perkauman!
Mamat ni serapi puaka Perkasa.....

Ketegangan kaum: Anwar diingat tak menangguk di air keruh
FMT Staff  | January 29, 2014
Perutusan Anwar pada 26 Jan itu seolah-olah mengambarkan krisis ketegangan kaum
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berikutan perutusan khas beliau kepada rakyat Malaysia minggu lalu.
Menurut Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman, perutusan Anwar pada 26 Jan itu seolah-olah mengambarkan krisis ketegangan kaum yang melanda negara kini merupakan prasangka yang ditambah dengan kebencian yang tidak berasas yang sengaja dicetuskan untuk menghancurkan keharnonian antara kaum.
“ISMA menyanggah dakwaan  Anwar Ibrahim bahawa tidak wujud konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama persekutuan dan menganggap bahawa beliau cuba mengalih pandangan daripada isu sebenar yang dihadapai oleh umat Islam dan rakyat negara ini.
“Beliau cuba memandang sepi terhadap segala kebimbangan, kerisauan, kegusaran dan rasa terhina orang Melayu dan umat Islam oleh ancaman liberalisme, pluralisme agama dan kesamarataan mutlak yang akan menghakis identiti dan mencabar kedaulatan agama dan bangsa,” kata Abdullah Zaik menerusi satu kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, Anwar tidak sensitif terhadap seruan kebebasan yang telah merosakkan akhlak dan pegangan generasi muda umat Islam yang disifatkannya sebagai melampau.
“Pada masa yang sama, umat Islam juga berdepan dengan ancaman  Kristian Evangalist dan Chauvinist  yang semakin agresif dan biadap menghina pegangan akidah, ibadah dan amalan orang Islam. Bahkan mutakhir ini, sudah terasa ancaman yang menggugat kesatuan Malaysia oleh kegiatan menggunakan sentimen agama Kristian untuk kepentingan politik.
“Tiada siapa dapat menafikan bahawa agenda liberalisme, pluralisme agama, kesamarataan mutlak dan Kristianisasi yang dibawa ke negara ini melalui pelbagai pendekatan dan cara oleh proksi-proksi dan rangkaian tertentu ada hubungan dengan perancangan Yahudi, Freemason dan Evangelis Kristian antarabangsa,” jelas beliau.
Dalam masa yang sama, Abdullah Zaik terus menyelar sifat oportunis Anwar, yang dilihat seperti menangguk di air keruh.
“Anwar tidak perlu mengambil kesempatan daripada suasana kekeruhan yang berlaku untuk tampil dengan imej kononnya seorang negarawan sejati,” tegasnya.
Justeru, ISMA menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menolak tegas segala unsur-unsur agenda dan budaya asing yang boleh menghancurkan kerukunan dan keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita yang tercinta ini.
“ISMA melihat bahawa konsensus nasional tidak mungkin tercapai tanpa wujud kesetiaan sejati dan tidak berbelah bahagi di kalangan pelbagai kaum di negara ini, terutamanya pemimpin-pemimpin politik, badan-badan agama, NGO, aktivis sosial dan sebagainya kepada negara, prinsip-prinsip perlembagaan dan dasar-dasar nasional serta mementingkan perpaduan nasional dari agenda sendiri.
“Marilah kita seluruh rakyat Malaysia membina kemajuan dan kenegaraan berasaskan nilai dan prinsip kita sendiri dan seterusnya meletakkan kepentingan agenda nasional mengatasi segala ketamakan kelompok,” katanya.

3 comments:

  1. Ada macam perangai EEE saja.....

    Teringat pula kat Tukar Tiub !!!

    ReplyDelete
  2. Isma ke Ismet Ulam Raja? Saja buat heboh untuk dapat perhatian. Umpan budak2 undergraduates yang tak tahu apa2 untuk kepentingan pemimpin2 mereka.

    ReplyDelete
  3. Inilah rupa dan perangai untuk mendapat laba dengan menggunakan agama.Tungau diseberang lautan nampak tetapi gajah dipelupuk mata tak nampak.Kepada pihak yang ada kuasa yakni kerajaan dan perdana menteri perlu mamat ini halakan dan tuntut pelaksanaan Islam dan tindakan tindakan yang berlandaskan Islam dan perlu marahkan kerajaan yang tidak mengindahkan untuk melaksanakan hukum dan syariat Islam.Ada berani ke? Bukan kepada Anwar Ibrahim.Takut tak masyuukk.. sah bangang merata rata tempat mamat ni.Memang patutlah panggil ustaz Harun Din untuk mengubati kerasukan yang dialaminya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa