Saturday, January 11, 2014

Nafi Letak Jawatan: Ada Siapa-Siapa Yang Peduli?

Letak tak letak dua kali lima juga
Lantik yang lain pun mungkin akan merapu juga selagi nakhodanya mabuk
Kalau nakhoda tak mabuk takkan lantik kebanyakan menteri merapu bercap ayam!

Jumaat Januari 10, 2014
Hasan Malek Tidak Letak Jawatan Menteri
Hasan Malek.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini, Jumaat.
"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.
"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu.
Khabar angin tentang perletakan jawatan membabitkan Hasan tersebar sejak semalam di beberapa laman sosial. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa