Sunday, January 12, 2014

Perceraian Dengan Sebab Yang Tak Masuk Akal!

Ayah aku pernah kata Menantu Perempuan  tidak boleh tinggal di rumah Mertua tetapi Menantu Lelaki tak akan membawa masalah!

Bercerai dek ikan kering
Kota Bharu: Pada usia 20 tahun dia sudah bergelar janda apabila suami menceraikannya dengan talak satu ketika mengandung lima bulan, malah usia perkahwinannya baru 10 bulan pada September 2012.
Janda muda mahu dikenali sebagai Suriani itu menjadi mangsa perceraian akibat campur tangan ibu mentua yang menuduhnya kuat merajuk serta tidak suka makan ikan kering yang dihidangkan wanita itu.
Suriani yang tidak bekerja berkata, kini dia hidup serba kekurangan dan hanya bergantung kepada nafkah bulanan bekas suami sebanyak RM250 dan bantuan kewangan bapanya untuk menyara diri serta anak perempuan berusia setahun.
Mengimbas kisah hidupnya, Suriani berkata, perkenalannya dengan bekas suami hasil perancangan keluarganya yang mahu menjodohkan mereka sebagai suami isteri pada usianya 17 tahun.
“Kami hanya sempat keluar sekali selepas bertunang selama tiga bulan sebelum diijabkabulkan pada Disember 2011.
“Saya tiada masalah dengan perancangan keluarga kerana saya fikir pilihan dan restu keluarga yang terbaik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Menurut Suriani, selepas berkahwin mereka tinggal bersama ibu bapanya kerana bekas suami tidak mampu menyewa rumah lain kerana hanya bekerja di bengkel dengan pendapatan RM1,000 sebulan.
“Pada peringkat awal, kehidupan kami suami isteri bahagia. Ibu bapa saya juga menerima dan melayan bekas suami seperti anak kandung sendiri dan dia dilihat gembira sepanjang berada di sini.
“Bagaimanapun, hubungan saya dengan keluarga mentuanya dingin tanpa sebab yang pasti. Hampir setiap minggu kami melawat keluarga mentua, tapi kehadiran saya dilayan seperti orang luar.
“Pernah satu ketika mereka menyambut hari lahir seorang ahli keluarga, tapi saya hanya berada di dalam bilik kerana tidak dijemput makan bersama,” katanya.
Suriani berkata, hubungannya dengan bekas suami mula berubah selepas hampir tujuh bulan berkahwin. “Entah mengapa tiba-tiba sikap bekas suami mula berubah sehingga sering berlaku pertengkaran kecil antara kami. “Sehinggalah pada suatu hari dia pergi kerja dan tidak pulang ke rumah beberapa hari,” katanya.
Katanya, dia dan ahli keluarganya mengambil inisiatif ke rumah bekas suaminya untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
“Apabila tiba di rumah mentua, kami mula berbincang, namun menemui jalan buntu, malah saya juga dituduh tidak menjadi menantu yang baik oleh mentua kerana sering merungut dihidangkan ikan kering di rumah itu,” katanya. - sumber

1 comment:

  1. Biasa punca kahwin cerai, kahwin cerai ialah tak ade duit yang cukup. Mentua yang betina tu memang kena perlu disumbat duit tiap tiap bulan, tu penting sekali. Yang kedua nya, punca si lelaki naik tunggao cari pompuan lagi ketat bila bini ngandong beranak, ni punca punca standard bagi bani Melayu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa