Tuesday, January 28, 2014

Pergelutan PKR Selangor: Mencari Untung Atau Bala?

Yang menjolok selalunya tidak dapat menyambut buah yang jatuh itu
Kata orang-orang tua dahulu, yang menjolok buah yang ranum, tidak akan mendapat apa-apa. Buah yang dijolok itu akan jatuh dan akan disambut oleh orang lain. Itu sebabnya di dalam politik ramai yang mengambil jalan tengah dan berdiam diri dan tidak mahu melakukan jolokan itu.

Mereka hanya akan duduk di tepian menunggu buah yang dijolok itu jatuh dan jika ada kesempatan akan menyambutnya tanpa berbuat apa-apa. itulah cara dan kaedah Najib naik dahulu. Beliau akan galakan orang lain menjolok dan akan menyambut buah-buah yang jatuh itu. Penjolok-penjolok buah itu ada yang masuk penjara dan ada yang terbiar begitu sahaja sampai ke hari ini.

PKR sedang menjolok buah yang sedang masak ranum untuk digugurkan. Anwar sendiri sedang menjoloknya dan terlupa yang akan menerima dan menyambut buah yang jatuh itu akan dilakukan oleh orang lain.

Ramai dikeliling beliau akan duduk rapat dengan beliau agar buah yang jatuh itu akan jatuh ke tangan mereka. Khalid sudah dipersepsikan sebagai buah yang akan jatuh itu. Anwar telah membiarkan Azmin menjolok Khalid sejak beberapa tahun dahulu dan apabila Khalid sudah hampir jatuh maka Anwar datang membawa bakul untuk mengutip buah yang bertaburan jatuh nanti kerana jolokan Azmin itu.

Najib dalam keadaan tertekan sehinggakan beliau begitu terbuka untuk berbincang dengan Anwar dan Kit Siang diatas nama kerajaan perpaduan.  Saya telah menulis sedikit dalam beberapa posting yag lepas yang selera Kit Siang dan Anwar sebenarnya tiada bezanya.

Mereka mahu berkuasa di Putrajaya dan itu bukannya satu kesalahan. Dalam politik semuanya boleh berlaku. Yang nampak kuat perjuangannya rupa-rupanya selera mereka tidak ada bezanya dengan pihak yang selalu dikritiknya. Itu pun tidak salah. Maka berlakulah babak-babak lakonan yang licik dan kini pasarana untuk penyatuan itu diasaskan kepada masalah dalaman yang berlaku di Selangor.

Kini Anwar akan bertanding di kerusi DUN di Kajang dan tindakan ini telah menghasil berbagai-bagai spekulasi politik yang agak meliar. Tidak kita sebut spekulasi yang banyak itu, kerana spekulasi yang paling hampir kepada isu sekarang ialah Anwar boleh menjadi Menteri Besar Selangor. Tindakan ‘check and balanace’ yang dilakukan oleh Anwar di antara Azmin dengan Khalid selama ini sudah membuahkan hasil. Anwar akan menjadi MB Selangor jika di terima oleh undang-undang tubuh negeri itu.

Anwar mahukan kekuatan untuk bertemu dengan Najib yang hampir keputusan nafas politiknya. Najib telah dispekulasikan akan bertemu dengan Anwar untuk menggubah lagu yang bertajuk ‘kerajaan perpaduan’ dan jika ini terlangsung selepas ini kita akan mendengar lagu itu berkumandang di mana-mana.

Ini juga merupakan kes yang menjolok tidak dapat menyambut buah yang gugur itu. Pihak Dr Mahathir telah melakukan jolokan terhadap buah Najib. Hasilnya Mahathir sudah menjadi ‘common enemy’ bagi kedua-dua orang pemimpin yang saling berperang di antara satu dengan lain dahulu. Najib dan Anwar yang berseteru begitu lama, sekarang sudah hampir untuk bersatu akan berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu pengaruh dan orang-orang Dr Mahathir.

Anwar masih tidak lupa yang beliau mempunyai banyak isu yang ‘outstanding’ dengan Mahathir. Begitu juga sebaliknya Mahathir mempunyai banyak isu ‘outstanding’ dengan Anwar. Anwar ada DAP khususnya LKS bersama beliau kerana Anwar tahu yang LKS ini juga bukan kurang seleranya untuk bersama-sama berkuasa dan mereka telah berkompromi dan melupakan perbezaan yang hakiki di antara mereka.

‘Formulanya tidak begitu sesuai sekarang ini’ kata seorang yang agak berpengaruh yang telah berjumpa dengan saya untuk minum petang semalam. Jelas si polan ini adalah orang yang rasional dan katanya, jika PKR Selangor sudah berpecah, maka jawatan MB Selangor itu sepatutnya diberikan kepada PAS. PAS mempunyai Dr Rani yang tidak kurang baiknya dan jika tidak ada pemimpin yang sesuai dikalangan ADUN-ADUN nya, PAS mempunyai Khalid Samad yang boleh turun ke Dewan Undangan Negeri untuk menggantikan PKR yang sedang bergolak itu,

Permainan politik akan menghasilkan berbagai-bagai plot dalam lakonan masing-masing. Di Selangor Khalid dan Azmin sudah pasti menjadi mangsa permainan ketua-ketua parti dalam Pakatan itu. Apa yang akan terjadi kepada Azmin dan rakan-rakan rapat dengan beliau di Dewan Legislatif Parlimen itu tiada siapa yang boleh mengolahnya. Azmin hanya mempunyai dua pilihan, samada untuk terus bertindak menuntut keadilan terhadap beliau atau bertindak melakukan sesuatu yang ‘unorthodox’ terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat.

Bagi Khalid yang tidak mempunyai kemahiran bermain politik yang begitu rumit yang kadangkala zalim itu, boleh berehat dan melakukan kerja yang beliau mahir iaitu membina ‘empire korporat beliau’. “In actuality, Azmin will be the sole loser resulting from his unreliable mentor in PKR” kata seorang rakan yang hampir dengan kedua-dua pemimpin ini.

Di peringkat Persekutuan kita akan melihat begaimana Najib dan Mahathir melakonkan plot politik masing-masing. Pendeknya tiada siapa yang mendahulukan rakyat. Kesemua mereka ini mendahulukan perut masing-masing yang jauh kehadapan.

Mereka ini kata seorang rakan. “they are bunch of PJK’s, which he means ‘perut jauh ke depan”.

2 comments:

  1. Mungkin agak keterlaluan pandangan ini.

    Pemimpin yang hidup menongkat langit di hadapan kita adalah jelas sekali.

    DSAI mungkin berusaha menjadi PM untuk Malaysia tetapi tidak ada niat untuk menongkat langit seperti sedia ada dan yang lalu.

    Apa pun yang di lakukan DSAI mampak nya untuk menyelamat rakyat dari bala bencana si penongkat langit.

    Berbeda antara pemimpin KANGKUNG dan pemimpin berwibawa.

    Itu sudah pasti.

    ReplyDelete
  2. Adalah suatu yang diduga perancangan dan rencana Anwar untuk menjadi MB.Itulah cara yang nampak jelas untuk melaksanakan dan merealisasikan apa yang tersirat dan tersurat dijiwa dan matlamat perjuangan politiknya.Hanya dengan kuasa saja baru dapat membela rakyat dan mengotakan apa yang ingin diperjuangkannya itu dapat dilihat dan dirasai.Inilah sosok Anwar Ibrahim.Berikan beliau peluang dan ruang jika kita hendak menikmati kehidupan yang baik dan selesa di Malaysi ini, InsyaAllah.Mengenali Anwar, jika dia ingin hidup senang untuk diri dan keluarga tak perlu bersusah payah menempah fitnah fitnah dunia.Pelbagai jawatan dan tawaran sudah memadai pendapatan puluhan ribu.Berikan beliau peluang untuk merealitikan dan mengimplimenkan cita cita beliau selama ini dan berikan kerjasama dan bantuan kepadanya.Terima kasih, Mountdweller kerana panjang berjela.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa