Monday, February 24, 2014

Hah Tu Dia........Kekayaan Penyangak Yang Menjadi Ketua Kerajaan!

Jadi tak usahlah heran kalau mana-mana pemimpin dari negara kita atau negara luar yang kaya lebih dari sepatutnya
Itu baru harta yang boleh disaksikan di dalam negara. Di luar negara berapa banyak lagi?

Rakyat terkejut lihat kekayaan Presiden Ukraine
ORANG ramai mengambil peluang melawat kediaman mewah milik Yanukovich selepas pemimpin itu melarikan diri dari Kiev.

KIEV - Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan keselamatan meninggalkan hartanah tersebut.
Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan sementara.
Para penunjuk perasaan hampir tidak percaya apabila melihat hartanah berkeluasan 140 hektar itu yang lengkap dengan sebuah zoo, sebuah garaj kereta antik, sebuah kapal layar, rumah tetamu, pad pendaratan helikopter dan padang golf.
Kediaman milik pemimpin itu juga dilengkapi dengan perhiasan mewah sedangkan rakyat negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan purata kurang £300 (RM1,600) sebulan.
"Kami tidak sangka Yanukovich semewah ini dan beliau juga sangat melampau kerana menggunakan wang rakyat yang miskin seperti kami dengan sewenang-wenangnya,'' kata seorang penunjuk perasaan, Serhiy Remezovsky.
Krisis di Ukraine bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovich enggan menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada November lalu kerana beliau lebih berminat menjalinkan hubungan dengan Rusia.
Siri protes antikerajaan semakin memuncak apabila beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis pada minggu lalu mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.
Dalam perkembangan terbaru, Parlimen negara itu semalam memecat Yanukovich kerana didakwa bertanggungjawab dalam kejadian terburuk dalam sejarah negara itu. - Agensi

1 comment:

  1. Bila la kita rakyat Mesia nak merasa situasi serupa itu...perambat perompak rakyat...sula jubog depa, gantung kat dataran merdeka..... hisshhh tak sabo sabo dah ni.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa