Monday, February 24, 2014

Inikah Tahap Pemikiran Cina Yang Menjelma Menjadi Melayu?

Gereja tu kandang Khinzirkah?
Inilah tahap kepala hotak pensyarah dan pendakwah yang dipuja puji oleh orang-orang yang bermazhab UMNO
Kesian kat budak-budak di Universiti Pertahanan Nasional - budak-budak tu bakal pegawai tentera yang akan menjaga negara bukan penjaga melayu!

Ridhuan Tee marah Melayu ‘elak khinzir’ tapi masuk gereja
OLEH SYAHIRAH RASHID
FEBRUARY 24, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 24, 2014 12:46 PM
Pensyarah pro-Umno, Ridhuan
Tee Abdullah (gambar) hari ini mengecam tindakan seorang calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berucap di gereja demi kepentingan politik.
Menulis di ruangannya di akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah calon tersebut, yang memasuki serta berucap dalam gereja Holy Family Kajang, sebagai perbuatan liberal dan keterlaluan.
"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.
Beliau menasihatkan calon PRK Kajang itu agar jangan menggadaikan maruah demi kepentingan politik."Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!" tulisnya.
"Saya memohon kepada sesiapa pun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana terlalu obses untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik. Ingatlah, sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tiada salahnya masuk ke gereja demi tujuan dakwah.
"Saya tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika ada tujuan dakwah, seperti pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke tokong untuk dia sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ihsan anak kepada orang tua," katanya.
Sebelum ini, calon Pakatan Rakyat (PR) untuk PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di gereja selepas upacara keagamaan mingguan penganut Kristian di gereja tersebut.
Langkahnya mendapat sokongan ramai penganut Kristian yang hadir, namun dikecam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa mufti negeri.
PRK Kajang diadakan ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sana.
Pakatan Rakyat (PR) menamakan Anwar sebagai calon PRK sehari selepas peletakan jawatan Lee.
Calon lain yang bakal bertanding adalah Datin Paduka Chew Mei Fun untuk Barisan Nasional dan dua calon bebas termasuk Datuk Zaid Ibrahim.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh 23 Mac sebagai hari PRK manakala 11 Mac untuk hari penamaan calon. - 24 Februari, 2014.
Aku nak tanya :
Ini Najib kat mana? 
 Ini sah Anwar di Gereja
Adakah ini gambar Najib membaca Khutbah di Masjid?
 Murtadkah Nik Aziz?
 

16 comments:

  1. Masuk gereja bukan bermakna kita ikut agama dia. Bahkan kita boleh bersolat pun di dalammya.

    Kat Syria sekarang ramai saudara kita yg menumpang utk bersolat di gereja jgn tak tahu...

    Akidah yg penting..

    ReplyDelete
  2. Bhai MountDweller...

    Inilah jenis ostad jumud... yang kerja ampu lebih dari kerja dakwah....

    Pada diorang kerja dakwah hanya cukup pada sesama Islam jer.... Hampeh

    ReplyDelete
  3. Suruh Redzuan Teh ni muntah semula semua daging babi yang dimakan (kalau pernah makan) sebelum beliau memeluk Islam dahulu. Ibu sendiri pun beliau tak mampu nak berdakwah, inikan nak berdakwah untuk insan yang lain. Beliau berceramah agama macam beruk "mok yeh" bergantung di hujung dahan (tiada isi dan keyakinan langsung).

    ReplyDelete
  4. Mamat ini sudah tertutup pintu hati nya tanpa di sedari menjadi Dajjal kerana bangga dengan pengetahuan agama islam nya.

    Namun gagal mengawal nafsu haloba nya menghina umat umat ciptaan Allah SWT.

    Sedih kan.

    ReplyDelete
  5. Aiyaa Tee aaah. Lu tatak ingat lulu2 punya time ka? Itu time lu belum tuka nama jadi Liduan. Lu masuk tokong bawak ibu tatak apa, tapi lu bilang olang lain masuk geleja, masuk tokong ke masuk kuil taktak boleh. Apa macamlah lu ooi.

    ReplyDelete
  6. dakwahlah pada kaum cina itukan lebih baik daripada melalak tak tentu hala.jangan cerita babi saja banyak benda lain yang haram disisi Islam contoh zina judi arak rasuah fitnah

    ReplyDelete
  7. slm uncle...
    dh lma sy tak jengah dunia blog ni..dlm byk thn jgk...bru sehari dua ni duk membrsihkan kembli sesawang2 di blog :)
    ada ketika sy hnya smpt jadik silent reader je...

    ReplyDelete
  8. Kakzakie

    Entahlah...dari mana dia orang ni dapat ilmu/mengaji. Habis tonggang tebalik jadinya!

    ReplyDelete
  9. Sdr. C++

    Entah bila mereka ni nak keluar dari bawah tempurung

    ReplyDelete
  10. Anon 2:25 PM

    Itulah masalahnya bila identiti dan lupa asal usul

    ReplyDelete
  11. Anon 2:49 PM

    Apa pun kita harus bersyukur kerana Allah dah buka separuh dari hidayahNya kepada Ustad ni. Tapi kat mana dia belajar agama?

    ReplyDelete
  12. XUMNO

    Itulah bila dah terlampau menjadi melayu, semuanya lupa. Semuanya tak boleh!

    ReplyDelete
  13. Aono 3:11 PM

    Batul tu. Cuba harapkan fikiran dia akan terbuka sikit

    ReplyDelete
  14. W'salam leiah

    A'ah....memang lama leiah menghilang. Selamat kembali!

    ReplyDelete
  15. tq uncle,
    smoga slps ini sntiasa dikurniakan masa yg lapang setlh dlm beberapa thun ada byk perubhn besar dlm hidup..drp bujng kpd berdua,n kemudian terus diberikn rezki anak olehNya, dan perubhan besr dlm kerjya...drp gomen kpd private(rmai yg kata agak pelik)..Alhamdulillah atas semua rezki Allah..yg psti life skrg kurang bebanan stress brbnding zman dulu2 dan baru skrg sy dpt merasai jatuh cinta dgn kerjaya sndri :)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa