Wednesday, February 26, 2014

ISMA Terjerat?

Inilah akibatnya bila terlalu dan gelojoh nak jadi juara!

Marina Mahathir saman presiden, AJK Isma
 mi - FEBRUARY 26, 2014
Anak kepada mantan perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir (gambar) hari ini memfailkan saman kepada Presiden Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik dan 15 ahli jawatankuasa (AJK) badan bukan kerajaan (NGO) itu atas dakwaan memfitnahnya.
Marina yang juga ahli lembaga Sisters in Islam (SIS) memfailkan saman berkenaan ekoran tindakan Isma mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” pada 8 November 2013.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan hari ini risalah itu diedarkan di masjid sekitar Lembah Klang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu.
Katanya, pernyataan palsu Isma berniat jahat yang membawa maksud antaranya, beliau terlibat secara peribadi dalam laporan yang diterbitkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai anti Islam dan kurang pegangan agama sehingga diaib dan dihina.Marina berkata, pada hari Isma mengedarkan 70,000 risalah tersebut, satu laporan bertajuk “Isma edar 70,000 risalah dedah dalang Comango” menerusi laman webnya.
Marina menuntut ganti rugi, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah injunksi.
Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop ketika pengurusan kes di kamar beliau hari ini menetapkan 10 Mac ini untuk pihak defendan memfailkan pembelaan, menurut laporan itu. – 26 Februari, 2014.

1 comment:

  1. Ha, Ha, Ha. Padan Muka.Saman mereka sampai lembik, kerana suka berlagak juara pembela islam, padahal tingkahlaku mereka lebih banyak merugikan islam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa