Monday, February 3, 2014

Oghe Kelate Ruponyo!

Isnin Februari 3, 2014
Keluarga Hampir Putus Asa Bawa Pulang Empat Beradik Dari Sweden
Bapa saudara kepada anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal, Badrul Hisham Makhzan, (dua, kanan) bersama dengan Aishah, 14 (dua, kiri), Ammar, 12, (kanan) Adam, 11, (kiri) dan Arif, 7 (tiga, kiri) ketika ditemui di rumah keluarga di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat di Kota Baharu, Ahad

KOTA BAHARU: Anggota keluarga empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden mengakui hampir putus asa ketika cuba mambawa pulang kanak-kanak itu ke Malaysia.

Bapa saudara kanak-kanak itu, Badrul Hisham Makhzan, 55, berkata ketika ke Sweden pada 31 Disember lepas, beliau cuba untuk berjumpa adik iparnya Azizul Raheem Awalludin dan adiknya Shalwati Norshal, namun gagal kerana peraturan negara itu yang ketat dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

"Saya kemudiannya ke kedutaan Malaysia di Sweden dan pegawai di jabatan itu menerangkan mengenai proses perundangan negara berkenaan dan meminta saya untuk bersabar, selain turut menghubungi Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin untuk meminta bantuan.

"Saya hampir putus asa dan kecewa apabila tiada sebarang komunikasi berlaku antara keluarga kami dan Wisma Putra selepas lawatan itu," katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat di sini Ahad.

Katanya bagaimanapun sinar harapan muncul kembali apabila Timbalan Menteri Luar itu menghubunginya Jumaat lepas memberitahu empat anak saudaranya itu akan dibawa pulang ke Malaysia.

"Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Hamzah dan seluruh rakyat Malaysia yang membantu serta mendoakan keluarga kami," katanya.

Mengulas mengenai persekolahan empat beradik itu, Badrul Hisham berkata beliau akan berusaha menempatkan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Peringat.

"Saya hormati permintaan ibu kanak-kanak berkenaan yang mahukan anak-anak mereka bersekolah di sekolah harian dan bukan sekolah antarabangsa.

"Mereka cuma ada masalah bahasa kerana kurang fasih berbahasa Melayu dan tak faham dialek Kelantan. Aisyah ketika berusia empat tahun telah mengikuti ibu bapanya berpindah ke Afrika Selatan," katanya.

Empat beradik itu, Aishah, 14, dan tiga adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba 7.04 pagi Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka kemudiannya berlepas ke Kota Baharu dan tiba pada 8.15 malam dengan pesawat FireFly.

Empat beradik itu kini dijaga ibu saudara mereka Shaleena Norshal di Kampung Bukit Tanah, Peringat.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat. - sumber

# Mohon maaf dari pengunjung semua
Dari 30 Jan sehingga 2 Feb. 2014 saya tidak ada di rumah. Jadi blog pun tidaklah ada update

Saya dan Isteri baru jer tiba di rumah jam 9.30 malam tadi dari Lumut dan Ipoh
Jalan jam giler. Perjalan saya selalunya hanya 5 jam dari KB ke Lumut tetapi semalam ambil masa 7 jam

1 comment:

  1. Besar ujian mereka mahu mendidik anak di negara asing yg tidak faham hukum agama kita. Kesian mereka. Bersama kita doakan moga mereka suami-isteri segera dibebaskan. Kakak percaya anak lelaki yg dipukul itu kesalnya sampai bila-bila..

    Jem sebab CNYlah kan..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa