Friday, February 21, 2014

Parah: 90% Orang Cina Tidak Pedulikan MCA lagi!

Ops Lalang’ isu basi, tak akan berkesan terhadap Anwar di Kajang

 
Pasukan theantdaily

KOMEN PEMBACA: MCA boleh bertempik samapai hilang suara, tetapi mereka akan tidak dipedulikan 90% orang Cina. Apa lagi yang boleh dibuat kalau pengundi Cina lebih rela mengundi calon PAS?

Malahan, MCA dah menjadi seperti pantang dalam komuniti Cina, kerana menyokong MCA bermakna memalukan dan mencalar maruah bukan sahaja negara, malahan nenek moyang. -- Fong Peng Lim

Charles Yii: Dia telah lalui banyak sekali pilihanraya dengan menghadapi isu-isu basi, dan ia tak memberi kesan. Peluangnya di Kajang tak akan sedikit terkesan pun dengan isu basi yang ini pula.

Ernest Cheah: Jawapannya adalah ‘tidak’ kerana dia boleh menjadi TPM tetapi kuasanya terhad. Semua tahu ini di Malaysia.

Nahar Khan: Jangan risau. Tak ada orang waras yang akan percaya orang tua nyanyuk ni. Semua orang tau siapa Mahathir. Dulu dia tipu kita semasa dia memerintah tapi Allah maha Kaya… dia makin memalukan dirinya sendiri!

Eng Aun Ngoi: Dr. M lah yang merancang semua ini. DSAI hanyalah pengikut setia yang menuruti segala arahan Dr. M. Dia tak akan nampak ‘cahaya alternatif’ jika tidak kerana kekejaman yang diterimanya selepas itu. Kenapa UMNO dan Dr M tak mendiamkan DSAI jika apa yang dibuatnya itu salah? Hipokrit.

Raj Kumar Maharajah: 100 orang yang ditahan itu akan beritahu anda bahawa Mahathir yang mengetuai dan melakukannya, bukan Anwar. Anwar pada waktu itu baru lima tahun dalam UMNO.

Simon Tan: Jika kaum Cina kekal mengundi BN di Kajang, maknanya kita membenarkan lebih banyak skandal dan korupsi. Jika ini tidak dihentikan, generasi masa depan tidak akan ada masa depan…fikir secara logik dan undi dengan bijak. Masri bersama hentikan skandal korporat dan korupsi.

Kumar Samidorai: Pandailah kau MCA. Jadi kau mengaku yang kau tidur selama ni, tanpa bersuara. MCA dan MIC dah gadaikan komuniti anda kepada Budak-budak Kampung. 

Mun Cheong Tung: Pelik dan menghiburkan…politik sate. Memang jelas ‘kasih sayang’ antara mereka berdua.

Komen-komen ini diberikan pembaca artikel “Will Anwar’s Ops Lalang past haunt him in ‘Kajang Move’?”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa