Sunday, February 16, 2014

Provokasi Lagi: Korang Rasa Cina Punya Angkara Ke?

Mungkin sesiapa saja boleh lakukan
Cina memang boleh pegang dan makan daging babi
Melayu pun tak ada bezanya kalau dah minum arak boleh, berjudi boleh, rasuah boleh, berzina boleh, memfitnah boleh, pukul orang pun boleh. Tak bolehkah pegang daging babi?

Samalah dengan banner kristian dan baling bom petrol di gereja ari tu
Siapa punya angkara?
Sehingga sekarang senyap
Bagaimana hasil siasatan polis?

Aku bukan nak tuduh tetapi ramai yang faham........
Ini adalah dari spesis yang gila
Hanya orang gila saja suka buat provokasi yag boleh cetuskan sentimen dan pergaduhan!

Daging, disyaki babi, dibaling ke masjid
mk - 1:25PM - 16 Feb 2014

Daging, dipercayai babi, dilapor dilempar ke perkarangan  Masjid Cherok Tokun,  Machang Bubuk, Pulau Pinang hari ini.

Ketua CID  Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

Saksi Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan melalui SMS jawapan berkaitan insiden itu.

Perkara itu pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berkaitan mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa