Tuesday, February 18, 2014

Rupanya Idop Lagi Mangkok Ni?

Ada hati nak berikan cadangan bangang dan melalut
Takkan kerana satu kerusi DUN Dewan kena bubar
Bukan berlaku krisis politik serius pun
Dan tak ada juga rampasan kuasa macam brlaku di DUN Perak!

Zulkifli cadangkan Khalid nasihati Sultan bubar DUN Selangor
 | February 18, 2014
Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang.
PETALING JAYA: Bekas ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin menyarankan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor mohon untuk bubarkan Dewan Undangan Negeri sebagai jalan untuk menyelesaikan krisis politik dalam PKR.
Katanya,Khalid mesti mengadap Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon PRK Kajang.
“Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang,” katanya dalam entri blognya yang terbaru.
Katanya lagi, bak kata Allahyarham Sarjan Ibrahim Pendek dalam filem Ali-Baba dan 40 Penyamun, mari kita tengok siapa yang kena!
“Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan. Ini bermakna Tan Sri menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden Perkasa berharap Khalid tidak terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan beliau.
“Setelah Khalid berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah beliau memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan di dalam PRU-13; setelah beliau memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah beliau berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat beliau,” dakwanya.
Beliau berpendapat selepas 23 Mac 2014, Khalid hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy ini!
“Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Zulkifili menasihati Khalid supaya jangan sama sekali menandatangani surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor itu.
“Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor,” dakwanya lagi.
Beliau berharap Khalid tidak sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.
“Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri,” katanya lagi.
Zulkifli menambah sejarah sudah membuktikan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjatuhkan Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap ADUN (PKR-Penanti).
“Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!” katanya.
Beliau yang pernah bertanding sebagai calon BN di parlimen Shah Alam dalam PRU lalu berpendapat mereka tiada pilihan – Khalid wajib dibunuh sekarang; sebelum cacing menjadi naga, sebelum kucing menjadi harimau, sebelum cicak menjadi dinasour!

2 comments:

  1. Awat la hang ni Zul, bacaan politik hang jauh tersasar dah pandai nak berhelah. Hang bukan tak tau Mahathir punya plan. RTC tu dia sendiri buat onar, tak dapat ditolong lagi. Hang tak boleh nak pikiaqka? Kesian kat hang....

    ReplyDelete
  2. No if..no if..you'll see me as mp shah alam after this election...
    Kah kah kah kah kah kah kah.
    Cuba kak kopiah dia tu...penuh dgn taik cirit..
    Zol zol..kena periksa mental dia neh..fius terbako

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa