Tuesday, February 4, 2014

Wajah Huduh Di Sebalik 'Kopiah Putih'

Ini adalah kenyataan bukan tuduhan merapu dan liar
Ianya terang lagi bersuluh di mata pemerhati politik tanah air

Politik buruk golongan ‘kopiah putih’
February 4, 2014
Golongan ini yang majoritinya golongan Ustaz patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang.
Baru-baru ini iklim politik Malaysia ‘panas’ dengan peletakan jawatan mengejut Adun Kajang Lee Chin Cheh. PKR mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menghadapi pilihanraya kecil Dun Kajang.
Ternyata langkah politik ini mengejutkan rakan politik PKR dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP.
Bermacam-macam komen mengecam tindakan PKR yang disifatkan sebagai membazir duit rakyat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil yang sudah tentu melibatkan jumlah wang yang banyak.
Tanpa merujuk pimpinan PAS pusat, tindakan PKR ini menerima kecaman beberapa kerat golongan “kopiah putih” dalam PAS yang sememangnya menunggu untuk menghentam PKR dan Anwar Ibrahim.
Kritikan paling keras datangnya dari Ketua Penerangan Dewan Ulama, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan PKR telah khianat undi rakyat.
Ustaz yang baru sahaja dapat anugerah Datuk dari Sultan Pahang begitu galak menyerang PKR dengan berbagai-bagai kecaman keras walaupun semasa sidang media pengumuman calon dihadiri pimpinan eksekutif tertinggi PAS seperti Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang.
Tidak ketinggalan menyertai siri kecaman terhadap PKR dan Anwar Ibrahim ialah seorang lagi golongan “kopiah putih” yang juga bekas Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang mengatakan ini satu kegilaan yang dicipta PKR.
PKR berada dalam situasi politik yang sukar ketika ini dan mengharapkan sokongan dari rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.
Disaat ramai pemimpin bukan “kopiah putih” dalam PAS menyokong tanpa berbelah bahagi kepada PKR, tiba-tiba golongan “kopiah putih” begitu panas hati dan terus mengecam PKR.
Malahan DAP juga menyokong penuh tindakan politik PKR di Kajang walaupun pada mulanya juga terkejut tapi DAP tidak menghentam seperti golongan “kopiah putih”.
Golongan “kopiah putih” yang majoritinya golongan Ustaz ini patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang.
Akhlak yang ditunjukkan golongan kafir DAP lebih Islamik dari akhlak golongan “kopiah putih” ini.
Tikam belakang
Malah golongan yang mendakwa PKR khianat ini juga mengugut mahu jawatan Menteri Besar diberikan kepada PAS memandangkan PAS mempunyai bilangan kerusi yang lebih berbanding PKR tanpa menyentuh perbuatan khianat tikam belakang kawan geng “kopiah putih” yang meletakkan calon di DUN Kota Damansara.
Ugutan ini amat dikesali disaat rakan berada dalam kesusahan tetapi jawatan MB yang didambakan.
Politik buruk golongan ini bukan sahaja mengenai PKR Kajang tapi ramai pemimpin PAS yang jujur juga menjadi mangsa politik buruk ini.
Lihat sahaja macam mana Naib Presiden PAS yang menang iaitu Husam Musa dipinggirkan di Kelantan malah diturunkan pangkat dari Timbalan Pesuruhjaya 2 ke Timbalan Pesuruhjaya 3.
Adalah pelik Naib Presiden yang menang dalam pemilihan parti tempatnya diganti dengan individu yang kalah. Ini satu penghinaan terhadap jawatan yang dipilih secara demokratik.
Saya tidak pasti adakah ini cara pemilihan jawatan parti Islam. Saya secara peribadi berasa simpati nasib yang menimpa Husam Musa.
Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa golongan “kopiah putih” yang mengaku pendokong ulama semasa beliau bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden sehingga beliau mengeluh pemilihan sesi ini yang paling teruk pernah beliau alami.
Label Syiah dan Liberal jadi peluru untuk menyerang individu tertentu yang dilihat bukan pro-ulama.
Selamat maju jaya kepada Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam PRK Kajang nanti. Diharap tidak ada sebarang sabotaj dalaman dari kem Pakatan Rakyat yang akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi DUN Kajang.

7 comments:

  1. Tak payah dihentam segelintir PAS yg menentang dan memuji DAP yang menyokong....tapi suluh kepada tindakan PKR itu sendiri....untuk menyelesaikan masalah dalam rumah tangga, habis satu kampung dilibat sama....PKR sentiasa bermasalah dan sentiasa menimbulkan masalah dlm PR...perangai buruk UMNO/BN diwarisi hingga ke dalam PR...Tak mustahil PR musnah kerana PKR

    ReplyDelete
  2. Terbaru, ADUN PKR Hutan Melintang Perak diberitakan keluar parti. Berita itu dan surat pengishtiharan keluar parti ADUN berkenaan dikatakan palsu oleh PKR. Walaubagaimanapun dalam PKR perkara tersebut tidak mustahil boleh berlaku kerana dah banyak pun berlaku . Kita tunggu apa sebenarnya.....

    ReplyDelete
  3. Matlamat tidak menghalalkan cara. Adakah kita hanya menurut perintah yang memang tidak betul atas nama ikatan. DAP sudah pasti akan ikut serta kerana yang penting aku dapat jawatan. Kita diberi akan untuk berfikir dan bertindak. Bukan jadi lembu menurut sahaja. Jika perkara ini dilakukan oleh puak sebelah sana, maka PR juga yang akan gegak gempita memberi berbagai justifikasi mengharamkan tindakan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Golongan Kopiah Putih ini nampak seperti bangga akan kefahaman hukum hakam agama islam tapi gagal melaksanakan secara praktikal.

    Segala tindakan berkaitan Langkah Kajang nampak mereka seperti budak benggap bahalol lambat tangkap strategi musoh.

    Mereka mereka ini perlu belajar dari Rafizi.... Kalau tidak, tiada add value mereka ini kepada rakyat majmuk di malaysia ini.

    Bagai katak dalam tong saja.

    ReplyDelete
  5. Salam semua,,,sedih lihat semua umat Islam dan Melayu sedang membunuh diri.....

    ReplyDelete
  6. inilah masalah org melayu kita,yg terasa fakeh ini itu bila ada kenyataan tak memuji terus melenting,lepastu kait kan dgn perkara perkara sampah yg d luar kawalan,fikir dgn hati yg sihat,contohilah TGNA dan Allahyarham Datuk Fadhil Nor bila mengulas sesuatu,saya amat terharu bila semua bangsa menghormati mereka

    ReplyDelete
  7. Ringkas cakap golongan "kopiah putih" ini amat sesuai di labelkan "munafik alaf baru". Mereka ini berhatikan "keris telanjang" walaupun di kepala sentiasa berlitup lebai. Jangan risau, politik seperti mereka ini sudah jauh ketinggalan zaman dan semakin kurang penyokong. Boleh juga dikategorikan seperti "endau dalam belukar, yang sentiasa mahu melepaskan pucuk masing-masing".

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa