Tuesday, March 25, 2014

Berita Sedih MH370: PM Sahkan Pesawat Hilang Di Lautan Hindi Serta Laporan Penuh Dari news.com.au

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.

“Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok.

Katanya, Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu perkara itu kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.

“Beberapa minggu yang lepas sungguh meremukkan hati mereka. Saya tahu berita itu tentu sukar diterima.

“Saya gesa media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa sukar ini,” katanya lagi.

Petang tadi, Najib berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.

Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.

Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat. - sumber


Ini pula laporan penuh dari news.com.au klik link di bawah: 
Malaysia Airlines says there are no survivors on flight MH370 as satellite data shows it ended in Indian Ocean

3 comments:

  1. manusia punya perangai yang hilang dicari adakalanya yang dah jumpa tidak dipeduli

    ReplyDelete
  2. Tanpa ada bukti yg benar2 kukuh, adalah sangat tidak wajar membuat rumusan sehingga mengesahkan pesawat MH370 itu melintasi Lautan Hindi. Tak tahulah pula, jika pesawat itu sendiri dlm kemabukan menggunakan Petron San Magguel. Jadi untuk kenderaan kita ni, nak guna lagikah bahan api tersebut.

    ReplyDelete
  3. yang sudah tu sudah la..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa