Saturday, March 22, 2014

MH370: Inikah Perkara Yang Cuba Disembunyikan?

MH370 dedahkan kelemahan di dalam pertahanan dan pengesanan pesawat

LIPUTAN KHAS: Hari kedua misi mencari dan menyelamat (search and rescue) yang diketuai Australia bagi mengesan dua objek yang dipercayai dari burung besi MH370 di selatan Lautan Hindi belum menghasilkan penemuan.
Mungkin pakar-pakar maritim dan penerbangan yang tercari-cari serpihan MH370 itu bakal gagal menemui apa-apa petanda bagi pesawat yang telah hilang sejak 8 Mac lalu.
Imej satelit mengesan dua objek pada jarak 2,500km di barat daya Perth dan pasukan SAR bergegas mencari objek yang dimaksudkan itu.
MH370 telah hilang dari skrin radar pada jam 1.07 pagi Sabtu (dua minggu lalu) dan kemudian dilaporkan terbang merentas Semenanjung Malaysia selama hampir lima jam. Ia amat mengejutkan serta ajaib.
Mungkin pakar-pakar pertahanan malu dan enggan mengulas kehilangan sebuah pesawat Boeing 777 yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Memanglah, atas nama keselamatan, tiada sesiapa yang mahu menjelaskan perkara sebegitu bagi orang awam, tambahan pula yang menaiki pesawat ke destinasi di seluruh dunia.
Episod MH370 ini menampakkan kelemahan kemampuan pertahanan serta pengesanan. Bagaimana sebuah pesawat komersil dapat diterbangkan ke satu lokasi tanpa dikesan sesiapa?
Bagaimana ruang udara boleh dicerobohi sehingga berlakunya peristiwa Sept 11 dan kini ‘ghaib’nya sang burung besi?
Misi SAR kesuntukan masa sehingga kelengkapan canggih digunakan agar mencari kotak hitam MH370 -- yang mungkin memberi petunjuk apa yang berlaku kepada pesawat itu.
Kotak hitam itu bakal kehabisan bater setelah 30 hari, bermula dua minggu lalu sehingga 6 April.
Pada sidang media harian, menteri pertahanan merangkap pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein disoal berkenaan kelewatan bertindak terhadap laporan Inmarsat ISAT.LN 0.14% PLC, bagi isyarat “ping” MH370 pada 11 Mac.
Jawab beliau, “Data itu tidak selalunya digunakan. Kami perlu sahkan dan analisanya dahulu.”
Beliau memberi gambaran nasib yang menimpa MH370 apabila berkata: “Saya perlu berhati-hati tidak menimbulkan kerisauan keluarha serta waris penumpang MH370.
“Kami minta pihak UK mencari lokasi kotak hitam pesawat dengan hydrofon.”
Hishamuddin berkata operasi ini dijangka berpanjangan.
“Kami mencari dengan intensif di selatan Lautan Hindi dan meminta bantuan lebih ramai pakar,” jelasnya.
Pada 18 Mac, theantdaily menjangkakan pencarian ini bakal berpanjangan kerana pakar-pakar yang terlibat di dalam pencarian pesawat malang Air France berkata, jika MH370 terhempas, serpihannya mungkin sukar dijumpai.
Seorang saintis Amerika yang menerajui pencarian Air France pada 2009 memberitahu Sky News, masa semakin suntuk bagi menemui pesawat MAS itu.
Colleen Keller yang turut serta di dalam operasi di Lautan Atlantik berkata mengenalpasti lokasi merupakan cabaran utama.
“Kita perlu maklumat signifikan bagi mencarinya,” kata Keller yang bertugas sebagai penganalisa di Metron.
“Saya rasa kawasan pencarian terlalu luas dan berharap siasatan bakal memberikan kita motif yang menjurus ke arah yang tepat.”
Jurutera pengkaji lautan Mike Purcell pula berkata kepada Sky News bahawa kekurangan informasi menyebabkan harapan kian tipis.
“Mungkin kita tidak akan tahu apa yang berlaku. Segalanya semakin diluar pengetahuan.”
Sky News melaporkan kapal selam Remus 600 mungkin langkah terbaik merungkai misteri ini. Ia bagaimanapun perlu tahu di mana mahu mencari.

2 comments:

  1. tunggu!! psawat akn djumpai setelah kotak hitam tamat tempoh 30 hari? ketika itu punca kejadian terus menjadi misteri..

    ReplyDelete
  2. MH370:BOEING 777-200(08-03-2014)

    Kesimpulan yang saya buat tentang kehilangan pesawat MAS MH370.

    A. Ada 5 isu besar yang cuba dialihkan (cover) dari perhatian rakyat naif.
    a. Kehilangan wang tunai jumlah yg besar dari BNM
    b. Keputusan mahkamah kes liwat 2
    c. Pilihanraya DUN Kajang
    d. Kes perjanjian air di Selangor
    e. Kerajaan yang lemah - menagih simpati rakyat

    B. Mewujudkan tanggapan bahawa pembangkang adalah JAHAT terutama PKR


    1. Dengan MEWUJUDKAN satu malapetaka skala besar (sama dengan kes Al Maunnah dan Lahad Datu) akan mengakibatkan rakyat naif terpaling dari 5 isu yang saya

    sebutkan di atas kerana rakyat Malaysia ni mudah di "tune" mindanya.

    (pada peringkat ini pun saya percaya majoriti rakyat Malaysia yang naif akan percaya bahawa malapetaka skala besar yang terjadi di negara kita adalah benar-

    benar malapetaka!)

    2. Rakyat naif akan simpati dengan mangsa malapetaka kerana melibatkan rakyat, tentera dan keselamatan negara.

    3. Rakyat tidak akan bertanya siapa dan bagaimana wang boleh hilang dari BNM?

    4. Rakyat tidak akan melakukan Reformasi, walaupun ramai yang simpati dengan anwar

    5. Rakyat tidak akan terlalu ghairah berkempen dan bercakap politik (BN yakin mereka tidak akan menang di Kajang). kempen pilihanraya akan mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran BN.

    6. Ada muslihat dalam MOU air di Selangor. YAB Khalid seorang ahli perniagaan yg berjaya tetapi bukan ahli politik Michaevalian seperti Najib dan Mahathir.

    Rakyat naif tidak akan memikirkan tipu muslihat BN dan menumpukan kepada nasib mangsa malapetaka.

    7. Pentadbiran Najib adalah yg paling lemah, lebih lemah dari Pak Lah yg kaki tidur. untuk mengelakkan rakyat membicarakan kelemahan kerajaan dan menagih

    simpati rakyat naif.



    MODUS OPERANDI

    1. merancang malapetaka skala besar

    2. mencari kambing hitam

    3. men"tune" minda rakyat supaya percaya malapetaka yang terjadi adalah benar-benar malapetaka.

    4. men"tune" minda rakyat supaya percaya punca malapetaka adalah kambing hitam tersebut(sebab itu dicari juruterbang yg condong PKR, merampas simulator

    dirumah (apa masalah seorang juruterbang mempunyai hobi alat simulator????) (Anak saya mempunyai simulator peperangan -PS2- adakah anak saya pengganas??)

    5. polis lebih gemar membesarkan kemungkinan masalah psikologi pilot, simulator, telefon dan keluarganya

    6. Menyembunyikan mangsa di tempat rahsia, yang mereka sendiri tidak tahu di mana mereka sekarang. (Sebenarnya kapalterbang tak pernah keluar dari malaysia.

    logiknya kalau keluar mesti telah dapat dikesan oleh radar Vietnam, Thailand, China, Indonesia, India, Singapura dll negara). Sebenarnya, radar negara kita

    juga mengesan kapalterbang tersebut, tetapi di tutup cerita itu)

    7. "torture" pilot supaya MENGAKU beliau adalah penyokong tegar PKR dan ANWAR - adakan sedikit rakaman video kelabu untuk disiarkan di RTM dan TV3 (untuk

    menampakkan lebih "real", pilot itu akan ditembak mati dan diletakkan sepucuk pistol ditangannya)

    8. Komando, intelligent polis dan tentera akan menyerbu dan membebaskan mangsa di tempat rahsia tersebut.(kemungkinan besar akan dilakukan selepas 24.3.2014)

    9. Sebelum mangsa dibebaskan kepada awam, mereka di"brainwash" bahawa mereka telah ditawan oleh pilot dan rakan-rakan.

    9. Apabila mangsa dibebaskan kepada awam (termasuk media). Media akan menemubual beberapa orang mangsa. Mangsa akan menceritakan kembali apa yang telah

    di"brainwash" oleh intelligent malaysia. rakaman itu akan ditayangkan kembali di RTM dan TV3

    10. Rakyat simpati dan memuji kecekapan kerajaan dan pihak keselamatan.

    11. Media akan penuh dengan....NAJIB CEKAP, NAJIB HEBAT, PM TERBAIK, BRAVO PM....dan tahniah dari seluruh dunia.




    -ArouseMah-

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa