Saturday, March 29, 2014

MH370-Adakah Zahid Buta IT?: Hanya 0.2 Saat Semak Pasport Curi - Interpol

Bikin malu Malaysia ajer
Sebelum ni mengamuk kat kakitangan Jabatan Imigresen 
Dah tu berikan jawapan ikut sedap di mulut!

Interpol: Hanya 0.2 saat semak pasport curi
mk - 9:45AM - 29 Mar 2014
HARI 22 MH370 Maklumat terbaru dan liputan terkini ketika operasi mencari pesawat MH370 diteruskan.

Hari ini menandakan tiga minggu sejak pesawat MH370 Malaysia Airlines hilang selepas secara misterinya beralih haluan penerbangan ke Lautan Hindi dari destinasi asalnya ke Beijing.

Semalam, dengan maklumat terbaru, pasukan yang diketuai Australia dalam mencari pesawat Boeing 777-200ER itu beralih dari tapak asalnya ke kawasan 1,100 kilometer di timur laut.

Pasukan pelbagai negara itu yang menggunakan sepuluh pesawat dan enam kapal laut, dijangka tiba hari ini. Satelit juga sedang dihala ke kawasan baru itu.

Lima pesawat melaporkan mengesan objek yang mencurigakan terapung di lautan, dan kapal peronda Pentadbiran Maritim China - Haixun 01 - telah ditugaskan untuk mencari dan mengutipnya.

Pencari mempunyai sehingga kira-kira 8 April sebelum bateri pada beacon bawah air MH370 tamat tempohnya, selepas itu, usaha mencari kotak hitam pesawat tersebut akan menjadi lebih sukar.

Pemeriksaan pasport tidak 'terlalu rumit'

5.30 pagi: Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.
Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.

6 comments:

  1. KADUK SAMSENG NAIK JUNJUNG ? ABU !

    ReplyDelete
  2. Memalukan negara mempunyai menteri gah bercakap & alasan ..... macam hebat sangat tapi sayang tak tau apa-apa pun...mcm tin kosong je

    ReplyDelete
  3. Tengok latar belakang sekolah dia pun dah cukup terang...

    dolu2, kbnyakan menteri2 dr MCKK..ttp dia nih cuma dr sek Izuddin Shah jer, dr segi IQ lebih kurang same jer dgn Hasan Malek Shahidan Kasim n Bung Mokhtar,, apalah yg boleh diharap??

    subjek MATEMATIK pmr pon belum tentu boleh lulus,,,,skrg dunia dah LAJU guna network-digital-komputer dorang nih masih PANIK kira guna jari2 tangan dan kaki..kih kih kih!

    ReplyDelete
  4. Zahid; kalu tak mahu rakyat dan duani gelar awak menteri Bangang dan Tolol, tolong tutup mulut atau kalau nak cakappun cakaplah dikalangan menteri2 dan pemimpin umno secara tertutup. Puak2 ni kalau awak cakap merapu pun mereka akan tepuk tangan anggap apa yang awak cakap tu hebat. Tolonglah.... Malaysia dah teruk sangat di ejek oleh dunia.

    ReplyDelete
  5. Jawa goblok dilantik jadi menteri, mikirin bukti gred A yang enggak ada. Goblok amat jawa seekor ni!

    ReplyDelete
  6. ye la tu...kalo korang yang duduk position dia ..lagi merapu dari dia kot...anwar ibrahim ex MCKK..patut la PKR hancur lebur

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa