Friday, March 21, 2014

MH370: Apa Yang Cuba Didedahkan Berita Harian?

Apa yang cuba didedahkan Berita Harian mengenai kehilangan MH370?
FOKUS KHAS: Adakah Malaysia sedang cuba untuk menyalahkan Amerika Syarikat di atas kehilangan pesawat MAS MH370?
Satu laporan oleh akhbar “jurucakap” UMNO, Berita Harian mengandaikan bahawa AS mungkin bertanggungjawab bagi kehilangan aneh MH370 dan 239 orang penumpang dan anak kapalnya pada 8 Mac.
Berita Harian memetik sumber, dan mendakwa bahawa pihak polis telah menemui perisian yang dikaitkan dengan landasan kapal terbang Diego Garcia milik AS, yang telah dimuat turun ke dalam simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang diambil daripada rumah juruterbang MAS itu.
Laporan itu juga menyenaraikan perisian yang dikaitkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga landasan lain di India dan Sri Lanka, dalam simulator itu.
Semua landasan yang disenaraikan itu panjangnya 1,000 m, sesuai bagi mendaratkan pesawat Boeing 777 lebar, kata laporan itu.
Walaupun Berita Harian tidak menyebut atau mengaitkan apa-apa laporan luar negara mengenai Diego Garcia, ia pasti mengaitkan dengan luas dan menyeluruh laporan yang diberikan oleh Cabal Times yang bertajuk "Was Malaysia Airlines Flight 370 Redirected to Diego Garcia?" (Adakah Penerbangan 370 Malaysia Airlines Ditukar Laluannya ke Diego Garcia?)
Cabal Times melaporkan bahawa ia kini telah pasti yang kehilangan MH370 bukannya sesuatu yang tidak disengajakan.
Malah, ada kemungkinan yang kuat bahawa penerbangan itu dirampas ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia, di Lautan Hindi.
Mengapa penerbangan 370 cuba bersembunyi?
MH370 adalah perkhidmatan 777-200 tetap dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ia meninggalkan KL pada 12.40 pagi 8 Mac, ia hilang dari radar komersial pada 01:22, dekat dengan kawasan di mana liputan radar sistem kawalan udara Malaysia kebiasaannya terputus, dan ia tidak pernah diperhatikan memasuki ruangan udara Vietnam pada laluan biasa.
Transponder penerbangan 370 telah ditutup dengan serta-merta sebaik sahaja ia berada di luar pemerhatian kawalan trafik udara Malaysia!
Transponder tidak boleh dimatikan dengan hanya menekan atau menolak butang, anda perlu menggerakkannya ke dua kedudukan.
Ini hanya boleh dilakukan oleh anak-anak kapal atau dengan perampas.
Ia adalah satu kejadian rampasan pesawat (transponder dimatikan, tiada isyarat kecemasan), dan pesawat tidak berada di bawah kawalan juruterbang. Ia terbang ke mana sahaja yang diminta, dan sesuatu berlaku selepas itu yang menyebabkannya terhempas, mungkin akibat cubaan mengawalnya semula (seperti penerbangan United 93 sewaktu peristiwa 9/ 11).
Jadi ia boleh berada di mana-mana. Saksi pasti akan muncul akhirnya.
Kemungkinan yang paling menakutkan dalam krisis ini adalah bagaimana sebuah pesawat boleh mencerobohi sempadan negara tanpa dikesan satelit tentera atau awam? Ini meninggalkan satu lubang dalam sistem pertahanan semua negara.
Jika pesawat itu menuju ke Diego Garcia (yang berada kurang dari lapan jam waktu penerbangan dari Kuala Lumpur), ia pasti telah dikesan radar Indonesia juga, dan ia mungkin telah merentasi Indonesia.
Tetapi tidak seperti Malaysia, Indonesia akan segera menyembunyikan maklumat sebegini. Australia juga mempunyai rangkaian radar yang canggih, tetapi kita tidak pernah mendengar daripada mereka juga. Selain daripada radar, terdapat juga lain-lain data "secara langsung" yang dikaitkan dengan pesawat komersial, yang tidak dibincangkan.
Mengapa tiada pihak yang mengesahkan/mengumumkan jika adanya apa-apa transmisi yang dihantar melalui Satcom? Media nampaknya mempunyai obsesi dengan radar, ads-b, komunikasi suara, GPS, kotak hitam, dan lain-lain. Pastinya ACARS dan data telemetri enjin dapat memberikan petunjuk dalam kemelut ini.
Kebanyakan pesawat udara hari ini turut mempunyai Panasonic Avionics jalur lebar yang tinggi eXconnect GCS (Global Communications Suite) bagi melengkapi Satcom.
Penyiasat kini telah mengesahkan bahawa data secara langsung ini menunjukkan bahawa pesawat masih terbang selepas hubungan radar terakhir. Mereka hanya tidak mahu memberitahu kita waktu transmisi data berakhir (yang akan menunjukkan waktu penerbangan ini mendarat).
Cabal Times memberikan spekulasi:
Dan yang paling penting sekali, Diego Garcia mempunyai kakitangan yang bertugas dengan tidak bertanyakan terlalu banyak soalan dan menutup sebelah mata. Tidak seperti Malaysia, Diego Garcia tidak mempunyai “Jeneral Daud”, yang akan melaporkan apa yang mereka telah lihat pada radar tentera.
Kenapa Malaysia?
Kehadiran sejumlah besar penumpang warga China di atas penerbangan ini sedang digunakan bagi mengeruhkan hubungan di antara China dan Malaysia, dan ia boleh menyebabkan ketegangan hubungan mereka di masa depan, ia mungkin juga akan dijadikan alasan menyerang China.
Ini juga mungkin menjelaskan mengapa pesawat Malaysia yang disasarkan, bukannya pesawat Indonesia (Indonesia sudah dalam kawalan golongan globalis, oleh itu tidak pernah mendapat apa-apa ancaman dari China, yang dimulakan oleh globalis).
Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia di mana kepimpinannya baru-baru ini telah secara terbuka mengkritik IMF, Israel, peperangan ke atas keganasan dan mendakwa yang tragedi 9/11 adalah kerja orang dalam.
Malaysia mempunyai ekonomi yang rancak, tetapi globalis lebih suka ekonomi perladangan, seperti di Indonesia, yang berada di bawah kawalan mutlak globalis.
Oleh kerana Malaysia tidak boleh dijadikan sasaran peperangan ke atas keganasan melainkan mereka mula menyokong Al -Qaeda secara terbuka, alternatif yang tinggal bagi globalis adalah menyerahkannya kepada China, dan “Panda” akan menjemput diri mereka sendiri untuk makan, dengan adanya penglibatan Al-Qaeda atau tidak.
Media arus perdana telah berkali-kali menekankan yang China tidak sabar dengan "ketidakcekapan" Malaysia. Walaupun benar bahawa keadaan huru-hara ini tidak mungkin dapat dijalankan melainkan ramai pegawai-pegawai Malaysia telah dipengaruhi, begitu juga dengan ramai pegawai kerajaan lain yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.
Dan walaupun dengan kadar rasuah yang tinggi, hakikat yang sengaja disembunyikan; bahawa pesawat telah berpatah balik dan bergerak ke arah barat, telah pun didedahkan. Pendedahan sebegini tidak mungkin akan berlaku di mana-mana negara jiran yang dikawal globalis.
Berbanding dengan Indonesia yang dikuasai globalis, Malaysia telah menikmati kemakmuran. Tetapi untuk berapa lama lagi?
Lain-lain perkara ganjil :
• Pada mulanya terdapat laporan yang beberapa orang penumpang tidak menaiki pesawat, tetapi kemudiannya pihak berkuasa Malaysia dipaksa "menarik balik" kenyataan mereka. Penumpang yang mempunyai hubungan dengan Global Elite biasanya menerima amaran terlebih dahulu.
• Penerbangan 370 mempunyai 20 orang pekerja Freescale Semiconductors yang berpangkalan di Texas. Adalah menarik untuk mengetahui lokasi projek terbaru mereka. Tidak jelas sama ada syarikat ini memberikan perkhidmatan mereka kepada NSA.
Dari Diego Garcia ke mana?
Jika kita andaikan bahawa pesawat itu memang diterbangkan ke Diego Garcia, adalah munasabah untuk menganggap bahawa kapal terbang ini dan penumpangnya tidak akan ditahan di sana selama-lamanya.
Jika kita mengikuti logik beberapa ahli-ahli teori konspirasi yang mengikuti hal ini di forum-forum lain, pesawat dan penumpang-penumpangnya akan diterbangkan ke timur tanah besar Amerika Syarikat, di Lautan Atlantik bagi mengelakkan pemerhatian.
Sudah tentu, luaran pesawat akan dicat semula. Bangkai pesawat kemudiannya akan dimusnahkan (berkemungkinan melalui udara) di sebuah lokasi yang jauh dari Diego Garcia. Tetapi kenapa kita membincangkan hal ini di sini? Kerana ahli-ahli teori konspirasi yang sama telah menegaskan bahawa empat hari selepas kehilangan MH370, satu latihan ketenteraan telah dijalankan di tenggara Amerika Syarikat. Ada jet-jet pejuang telah dilaporkan "mengiringi" sebuah kapal terbang.
Ahli-ahli South Carolina Air National Guard sedang menjalankan latihan pertahanan udara di sepanjang pantai. Guard Senior Master Sergeant Edward Snyder berkata orang awam mungkin melihat jet pejuang mengiringi sebuah pesawat awam di ruang udara Charleston Utara dan Myrtle Beach pada Khamis (13 Mac).
Tambahan pula, sejarah telah membayangkan bahawa beberapa kemalangan mencurigakan di laut, mungkin lebih daripada sekadar kemalangan. Berikut adalah beberapa contoh yang diketahui ramai.
• Pada tahun 1983, pesawat KAL007 sedang menuju ke Korea Selatan, dengan seorang ahli kongres Amerika di atas kapal. Beliau dalam misi memberi amaran kepada kepimpinan Korea Selatan yang kerajaan Amerika Syarikat telah dicerobohi oleh pihak Soviet. Pesawat itu hilang di laut. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet , terdapat beberapa bukti bahawa ahli kongres ini telah dipenjarakan di sebuah ‘gulag’. Kerajaan Amerika Syarikat dilihat seolah-olah tidak mempunyai masalah dengan ini;
• Kemalangan SWR111 di perairan Kanada pada 1998. Pesawat itu membawa berlian, delima, zamrud dan permata lain dalam kargonya, yang bernilai setengah bilion dolar. Permata ini sedang dipindahkan dari sebuah bank di Amerika ke sebuah bank lain di Switzerland. Tiada sebutir pun daripada kargo ini pernah ditemui. Ada kemungkinan bahawa pesawat itu dirampas ke sebuah lapangan terbang di Kanada. Turut berada di atas pesawat ini adalah putera Arab Saudi, Al-Saud Bandar salah seorang hartawan yang paling kaya di dunia. Hanya 60 mayat yang "dijumpai".
Jadi, apa yang cuba "didedahkan" atau dijual Berita Harian bagi pihak kerajaan BN yang diterajui UMNO?
Ng Kee Seng

1 comment:

  1. Hello! I just wanted to ask if you ever have any problems with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing several weeks of hard
    work due to no back up. Do you have any methods to stop hackers?


    Here is my homepage; saƧ modelleri

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa