Tuesday, March 25, 2014

MH370 - ‘kerajaan Malaysia pembunuh’: Ungkapan Yang Menyakitkan Tetapi Perlukan Jawapan Konklusif

Sebenarnya kita yang tidak ada kena mengena dengan mangsa pun naik pening gak dengan kenyataan yang bercanggah serta andaian/spekulasi yang bermacam

Dari dalam negara satu hal dan dari luar negara pulak satu hal

Keluarga penumpang MH370 bantah ‘kerajaan Malaysia pembunuh’ di Beijing
MARCH 25, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 25, 2014 12:51 PM
Keluarga penumpang MH370 warga China membawa plakad bernada marah kepada Malaysia sambil berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing. Gambar Reuters

Sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang marah berarak ke Kedutaan Malaysia di Bejing untuk menuntut lebih banyak jawapan mengenai pesawat terhempas itu, lapor AFP.
Menurut AFP, kira-kira 200 ahli keluarga, sesetengahnya menangis sambil berpimpin tangan menjeritkan slogan "Kerajaan Malaysia pembunuh" dan "Kami mahu keluarga kami semula."
Pejabat kedutaan terletak empat kilometer dari Lido Hotel di mana pertemuan di antara wakil kerajaan Malaysia dengan keluarga penumpang MH370 dilakukan.
Kebiasaannya, pihak berkuasa China akan bertindak tegas terhadap sebarang perhimpunan di Beijing.Drama terbaru itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pegawai polis berpakaian hitam menghadang jalan menuju ke kedutaan Malaysia, lapor AFP.

Ahli keluarga yang tidak mahu dinamakan dan juga pemimpin tidak rasmi kumpulan tersebut memberitahu AFP, polis "mungkin sudah tahu" mengenai demonstrasi tersebut. - 25 Mac, 2014. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa