Monday, March 31, 2014

MH370: Memang Pun..... Tak Berhikmah Langsung!

3 aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370
HARAKAHDAILYMAR 30, 2014
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370, lapor Keadilandaily.

Pertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.

“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepadaKeadilandaily.

Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.

Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara,” ujarnya.

Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.

“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.

“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah,” kata Saifuddin.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa