Friday, March 28, 2014

Rupanya Baling Tahi Sendiri Ke Muka Orang Lain Ni Tabiat Dia

Mati-mati aku ingatkan dia di China
Rupanya sedang bersenang lenang di rumah gentel t**k untuk dibaling ke muka Musa
Rais Yatim, kalau ikutkan umur dah dekat nak k***l

Baik ko juga bersuara sebab kaulah menteri tukang canang dan tukang taruk pewangi melindungi yang busuk untuk mempengaruhi rakyat melalui RTM ketika itu

Dan IGP semasa itu aku dah lupa siapa.....
Katakanlah yang benar!

Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
MARCH 28, 2014
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014


Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014.

5 comments:

  1. Tidak disangka sama sekali, permainan Mahathir amat jijik. Dah tua renta pun masih tidak insaf. Perkara ini boleh disemak dgn pihak imigresen dikedua-dua negara, sama ada betul atau tidak Mahathir ada pergi ke China pd masa tersebut. Jika benar spt dikhabarkan, Mahathir adalah dalang pembunuhan di Memali itu.
    Jika tidak silap ingatan, KPN masa kejadian ialah Hanif Omar, individu yg boleh dikaitkan dgn kasino Genting.

    ReplyDelete
  2. TAK BERGUNA SAMA SEKALI WALAUPUN PENDEDAHAN KES MAMALI INI HINGGA KE AKAR UMBI SEDANGKAN ANAK HINDU LAKHANATULLAH ITU TETAP BEBAS SEBEBAS TAMPA ADA SEBARANG KEBERANIA DARI PIHAK YANG MENGENDALIKAN KEADILAN NEGARA.INI LAH MASAALAH NYA.BUKAN BONGKAR SAJA.BACA PUN SAKIT HATI MACAM KES IC SEMUA ORANG MALAYSIA TAHU DIA YANG BERTANGUNGJAWAP TERHADAP KES INI.TAPI ADAKAH DIA KENA TINDAKAN APA APA APA.TIADA SAMA JUGA DENGAN KES ALTANTUYA SEHINGGA BERKECAI PEREMPUAN MONGGOLIA YANG MENGANDUNG ITU,TAPI APA TINDAKAN PERUNDANGAN MALAYSIA TIADA SIAPA YANG BERSALAH,DAN LAGI BEST BINATANG INI KES TIDAK BOLEH WAWARKAN KERNA SUDAH SELESAI.UNDANG UNDANG APA NI.INI TIMBUL PULA KES MH370 SEMUA ORANG DAH KATA ADA HIJAK DARI SEBAB PEMBUNUHAN PEREMPUAN MONGGOLIA TU.CERTA PADA PRESS MACAM CERTA BODOH TAK BOLEH TANYA.PENIPU PENIPU

    ReplyDelete
  3. Dari dulu lagi dah tahu...dia pergi china lebih kurang jam 10 pagi.....
    tragedi berlaku lebih kurang jam 6 pagi...
    tapi kita orang kecik..sape nak percaya...

    ReplyDelete
  4. ANAK HINDU PARIA BERSAMA HAHIF CILAKA TU PATUT DIHUKUM MATI

    ReplyDelete
  5. ada mana2 orang atau peguam yg berani buat lapuran polis.....buat tuduhan sementara saksi masih hidup

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa