Monday, March 31, 2014

Wujud “satu konspirasi sangat licik dan tersembunyi”

'Tarik balik kertas putih tragedi Memali'
mk - 31 Mar 2014

PAS mendesak kerajaan menarik balik kertas putih yang dibentangkan di parlimen sebelum ini berhubung peristiwa berdarah Memali yang mengorbankan 18 nyawa pada 1985.

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan perlu berbuat demikian kerana kertas putih berkenaan kini dianggap “meragukan” ekoran pendedahan terbaru bekas menteri dalam negeri Tun Musa Hitam berhubung urutan peristiwa tersebut.

Katanya, pendedahan Musa itu seolah-oleh menggambarkan wujud “satu konspirasi sangat licik dan tersembunyi” dalam tragedi 19 November 1985 itu.

Menurutnya, Musa dalam satu forum di Kota Bharu pada 27 Mac lalu mendakwa Mahathir berada dalam negara ketika peristiwa itu berlaku dan bukannya di luar negara.

Kenyataan berkenaan membuka satu perspektif baru memandangkan kerajaan pada tahun 1987 – semasa bahang kempen pemilihan Umno sedang memuncak – mengumumkan bahawa Musa bertanggungjawab memberi arahan kepada pihak polis untuk melepaskan tembakan.

Musa yang menentang Tun Ghafar Baba kalah tipis dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden itu.

Mahfuz berkata kerajaan juga perlu menjelaskan persoalan baru yang timbul, seperti didakwa oleh Musa.

"Apa yang saya nak sebut di sini ialah apabila Tun Musa Hitam dalam forum itu menyatakan bahawa, bila dia nak beri laporan kepada perdana menteri sewaktu kejadian itu, dia memberitahu, seolah-olah perdana menteri dah tahu, sedangkan yang bertanggung sebagai menteri dalam negeri adalah Tun Musa Hitam.

"Saya melihat bahawa kenyataaan Musa Hitam ini bahawa seolah-oleh peristiwa Memali satu konspirasi sangat licik dan tersembunyi yang sekarang tidak diketahui dan sekarang ini orang mengetahui bahawa Dr Mahathir berada dalam negara.

"Skripnya sudah ada seperti yang disebut oleh Tun Musa Hitam seolah-olah dia (Mahathir) dah tahu dan sebagainya. Saya melihat ini satu konspirasi (dan) menjadi persoalan yang perlu dijelaskan oleh kerajaan," kata Mahfuz.

Mahathir ketika ditanya mengenai perkara itu Sabtu lalu berkata beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan Musa dan mendakwa "tidak ingat".

8 comments:

  1. Salam mountdweller

    Conspiracy within conspiracy...

    ReplyDelete
  2. adakalanya belum sempat mati dah mula terbongkar
    jangan suka buat kerja kotor

    ReplyDelete
  3. Blum apa2 dah ngaku gila

    ReplyDelete
  4. Bagaimana pula kesudahan cerita kehilangan misteri flight MH370? Mungkin kah ia nya akan resurface selepas 30 tahun juga?

    Mungkin kah ia nya sama dengan cerita penubuhan asal UMNO yang ramai tak tahu bahawa ahli No. 00006 merupakan orang bukan Melayu. Kesian orang Melayu, dari awal lagi telah di tipu, konon nya UMNO parti Melayu dan "HANYA" memperjuangkan hak hak Melayu sahaja.

    ReplyDelete
  5. Bodoh melayu bercakaran dgn melayu, cina juga yang untung.

    ReplyDelete
  6. Bodoh melayu bercakaran dgn melayu, cina juga yang untung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina mca gerakan untung maaa.DAP rugi jugaaaa....cina olang ckp.cina mca sama DAP tumbuk2 melayu juga untung..itu india lagi wuntung pasal melayu cina gaduh2 juga.kah kah kah kah.udah2 la rasis kao oiii anon12.21 am
      .geli aku style politik purba lu neh.cara kao tu sesuai dgn umngok saja.parti melayu tp nama omputeh.kah kah kah.bodo tol melayu sejati sgt dok pangkah parti melayu omputeh tuh.united malay national organisation.udah la umngok oiiiii.rwnti jer laa bodo mu tuh.jgn simpan bodo.

      Delete
  7. Kalau beginilah keadaannya, UMNO boleh berpecah lagi. Itulah, kalau dah pencen tu duduk diam2 dan joli duit yg banyak itu, sapa pun tak endah. Buat macam Pak Lah, cerita buruk yg kalau ada pun cuma zzzzz. Tak lama lagi, UMNO bersepai-sepai. Isyy ... lantaklah kau orang!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa