Thursday, May 1, 2014

Apalah Punya Badigol......Ditanya Lain Dijawab Lain.

Inilah Malaysia dan pemimpinnya
Sikit kerja 'kekoh' banyak!

Menteri enggan jawab isu landasan RM100j
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.

Hishammuddin ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos tinggi untuk sambungan rel tersebut.

“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.
 
PAC kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sambungan rel tersebut perlu menjadi sebahagian dari kos pembinaan KLIA2 dan jawatankuasa itu menuntut penjelasan kerajaan.

Hishammuddin berkata sambungan berkenaan adalah sepanjang 2.2km dan bukannya 1km seperti dilaporkan oleh PAC. - mk

3 comments:

  1. Gile betul sapu duit rakyat. Tak ingat akhirat langsung... 100 juta 2.2 km?

    ReplyDelete
  2. Berapa agaknya komisyennya nanti.

    ReplyDelete
  3. pengkhianat tak peduli halal haram atau akhirat yang penting masuuuuk !

    Lakhnat Allah jua tertimpa atas mereka dan kuncu -kuncu yang seAngkatan denganya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa