Tuesday, April 15, 2014

Gandingan Cantik! - Ikon Jenayah Disokong Ikon Rasuah

Al-Sisi disokong ikon rasuah
15 April 2014
KAHERAH - MESIR. Seorang ahli politik veteran berpendapat barisan penyokong calon Presiden Mesir terdiri daripada individu dan ikon rasuah terbesar di negara itu.

Hamdeen Sabahi yang juga bekas pemimpin Parti Nasserist mendakwa, beberapa individu yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal rasuah merupakan penyokong kuat Abdel Fattah Al-Sisi.

“Terdapat seorang ikon rasuah yang setia mendampingi Al-Sisi dalam setiap kempen pilihan rayanya,” katanya dalam program bual bicara bersama Sabahi TV.

Menurutnya Al Ahram, bagaimanapun, sejurus beliau mahu mendedahkan nama individu terbabit, program tersebut mengalami gangguan siaran.

Penyandang tempat ke tiga calon Presiden pada 2012 ini turut mendedahkan, ramai ‘kaki kipas’ Al-Sisi kini berkeliaran di pejabat pentadbiran kerajaan bagi menyatakan hasrat menyokong pemimpin itu.

Difahamkan, calon presiden memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 bentuk cadangan yang bakal ditandatangani oleh 1,000 orang dari 15 kementerian berlainan, sebelum layak bertanding pada pilihan raya presiden.

Mesir akan memulakan kempen pilihan raya tiga minggu bermula 3 Mei ini sebelum hari pengundian pusingan pertama pada 26-27 Mei dan keputusan itu bakal diperoleh pada 5 Jun - sumber

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa