Monday, April 28, 2014

Hahaahaaa… ni kerja pelawok!

3 pokok untuk rakyat, berpuluh ekar untuk YB?
HARAKAHDAILY28 April 2014
"Ini ladang siapa?" tanya Dr Azman

SETIU: “3 pohon sawit boleh 150 sebulan? Hahaahaaa… ni kerja pelawok! Sawit baka apa dia tanam tu sampai buah banyak gitu sekali? 

“Kalu ada sungguh, kita pun nak tanam jugok!” ujar Idris Mustafa dari Kampung Bukit Tanah Jabi apabila ditanya tentang projek Umno dari bekas wakil rakyat Jabi sesi lepas dan dipertahankan sebagai sangat berjaya oleh wakil rakyat sekarang. 

Projek 3 pohon sawit sebuah rumah, menjana pendapatan RM150 sebulan.

“Orang kampung pun bukannya bodoh nak tanam 3 pohon jah! Sawit hok ada di kampung loni bukannya hok Umno bagi. Ni hasil penat lelah orang kampung. 
“Seekar dua sorang, bolehlah buat tanggung anak sekolah. 3 pohon sawit, nak wat beli nasik berlauk pagi pun tak berapa lepas,” jelas Saudara Salleh Husin yang memiliki kebun sawit sendiri berhampiran rumahnya di Bukit Tanah.

Sementara itu, Saudara Saiful Ridza (kanan) dari Kampung Padang Lengkuas menempelek kerja bodoh Umno tersebut. 

“Marilah tengok di Jabi, siapa dia hok gong (bodoh) nak tanam sawit 3 pohon! Untuk rakyat mung nak bagi anak sawit 3 pohon, tu pun kesudahannya tak sampai. Untuk Tok Wokil mung baham sampai 50 ekar!” ujarnya dengan nada sedikit marah.
“Kalau sawit tengah kemuncak keluar hasil sekitar umur 8 tahun, purata satu pokok boleh ambik 2 tandan sebulan. 3 pokok baru 6 tandan. Tak dapat 150 sebulan,” kata Abdul Razak Ramli (kiri) dari Kampung Gong Pasir Jabi yang menjelaskan kadar biasa penghasilan untuk sepohon kelapa sawit.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dun Jabi yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim menasihatkan pemimpin Umno supaya menghentikan gurauan bodoh yang tidak bermanfaat itu. 

“Dalam keadaan kehidupan rakyat yang serba kesempitan, jenaka-jenaka atas angin begini tak akan mampu merungkai masalah rakyat. Rakyat inginkan sesuatu tindakan yang boleh membantu meringankan beban hidup mereka,” ujarnya.

“Sebagai pimpinan masyarakat di sini, telah hampir setiap lorong dan jalan di 25 Kampung dalam Dun Jabi telah saya lalui. Bukan sehari dua, tetapi sejak diamanahkan sebagai calon PAS Jabi dari tahun 2008 dan berterusan sehingga sekarang. 

“Maaf kalau saya katakan, saya tak jumpa rumah yang tanam kelapa sawit 3 pohon sahaja. Kalau ada yang mendakwa, siapa yang nak tengok kejayaan projek yang dicanangkan mampu menghasilkan RM150 sebulan, maka sila datang ke Jabi, saya boleh istilahkan, ini adalah lawak bodoh!” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas tentang kenyataan Adun Jabi yang mempertahankan projek itu sebagai berjaya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas. 

“Isu bekas YB Jabi teroka tanah kerajaan berpuluh ekar untuk buat ladang sawit masih tak selesai sampai sekarang. Dia pun dah jadi kaya raya. Pihak berwajib masih senyap sunyi tanpa sebarang tindakan walau telah berkali-kali kita dedahkan,” sambung Dr Azman lagi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa