Sunday, April 27, 2014

Hanya Untuk Manusia Yang Suka Menjadi Gila Dan Berperangai Binatang!

Kerajaan pantau dadah ‘bath salts’
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
26 April 2014
ALOR SETAR - Ancaman dadah terbaru dikenali garam mandi (bath salts) boleh merangsang penagih menjadi lebih ganas.

Pegawai Khas kepada Penasihat Khas Perdana Menteri, Zulfitri Yaccob berkata, dadah yang dikategorikan paling berbahaya itu mampu merangsang otak sehingga sanggup memakan daging manusia sendiri.

“Dadah itu sebenarnya belum dikenal pasti di negara kita. Tetapi di negara lain sudah dikenali dan cukup berbahaya.

“Berdasarkan maklumat Bukit Aman, dadah itu masih terkawal dan tidak masuk ke Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Hari Autisme Peringkat Pusat Alor Setar di Taman PKNK di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang meneliti dan memantau agar dadah itu tidak melepasi sempadan negara.

Menurutnya, mereka yang dipercayai memiliki atau mengedar dadah jenis itu akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Mengenai penularan penjualan daun ketum di negeri ini, beliau berkata, kerajaan dalam peringkat membahaskannya di dewan rakyat agar diletakkan bawah Akta Dadah Berbahaya.

“Kalau bawah Akta Racun, tindakan yang dikenakan terlalu ringan dan tidak berkesan. Kalau ditangkap, mereka cuma dikenakan denda oleh mahkamah dan tetap meneruskan aktiviti sama.

“Yang menjadi mangsa adalah pelajar sekolah. Saya difahamkan, ada pelajar yang perlu minum air ketum setiap hari sebelum pergi sekolah kerana ketagih," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa